
SEORANG suspek yang terlibat dalam kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan, Faisal Halim pada Ahad sudah ditahan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis dijangka memperoleh perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 20-an pada Isnin.
"Kami telah rakam kenyataan daripada tiga orang termasuk mangsa. Polis juga telah menangkap seorang lelaki dalam 20-an dan akan direman hari ini (Isnin),” katanya.
BACA LAGI: Tiada permohonan peruntukan tiket, aksi JDT-Selangor mungkin tanpa kelibat penyokong lawanBACA LAGI: Sultan Selangor, RMS titah siasat kes serangan asid libat Faisal Halim hingga ke akar umbi
Penyiasat juga dijangka menemu bual beberapa lagi saksi pada Isnin bagi memudahkan siasatan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Selangor.
Penyerang berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan fizikal di beberapa anggota badan akibat simbahan cecair berkenaan dengan isterinya turut terkesan dalam serangan tersebut.
Berdasarkan laporan, suspek mensasarkan wajah pemain itu dengan orang ramai beranggapan tindakan tersebut adalah untuk menamatkan karier bola sepaknya.
Hussein mengesahkan pihaknya sudah mengambil kenyataan daripada tiga individu.
Ini bukanlah insiden pertama menimpa bintang bola sepak tempatan apabila beberapa hari sebelumnya, Akhyar Rashid turut berdepan detik mencemaskan selepas disamun di Terengganu.
Akhyar mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan apabila dipukul suspek ketika dia pulang menjalani latihan.
Tiada suspek ditahan setakat ini membabitkan kes Akhyar.
Sementara itu, Faisal kini dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital sekitar Petaling Jaya, Selangor dengan beberapa individu ternama seperti Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sempat menziarahinya.
Kecederaan itu dijangka menyekat peluangnya untuk beraksi beberapa bulan, termasuk dalam saingan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) serta dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. — The Star/AUSTIN CAMOENS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram