
MENJELANG pembukaan kempen Liga Malaysia (Liga M), kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan bahawa tiada jualan tiket diperuntukkan kepada penyokong Selangor FC pada perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 Mei ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menerusi laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permintaan tiket dari pasukan pelawat.
"Kelab bola sepak JDT ingin mengesahkan bahawa kami tidak menerima sebarang pemintaan untuk peruntukan tiket penyokong lawan bagi perlawanan pembukaan Liga M musim 2024-/25 antara Harimau Selatan dan Selangor FC.
BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah
BACA LAGI: Kes simbah asid, Selangor FC tagih sokongan moral peminat, minta hormati privasi Faisal Halim
"Atas sebab itu, tiket untuk penyokong lawan tidak diperuntukkan," katanya dalam kenyataan Ahad.
Kelab bola sepak JDT mengesahkan tiada jualan tiket diperuntukkan kepada penyokong Selangor FC pada perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25. — Facebook/JDT
Menurutnya, Selangor FC hanya meminta polis pengiring, air mineral, minuman isotonik, ais dan 30 tiket grandstand.
"JDT menerima surat dari Selangor FC bertarikh 1 Mei 2024 yang meminta polis pengiring, air mineral, minuman isotonik, ais dan 30 tiket grandstand untuk perlawanan tersebut," katanya.
Begitupun, pihaknya bersetuju untuk memenuhi permintaan daripada skuad Gergasi Merah itu.
Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan untuk pasukan lawan memohon peruntukan tiket sebelum jualan tiket dibuka pada umum.
"Ianya menjadi kebiasaan untuk pasukan lawan memohon peruntukan tiket sebelum jualan tiket dibuka kepada umum. JDT mengumumkan pada Jumaat bahawa jualan tiket akan bermula pada 5 Mei 2024 pukul 2 petang," jelasnya.
Jualan tiket untuk aksi Piala Sumbangsih itu yang menemukan juara bertahan, JDT dan Selangor FC mula dibuka pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram