[VIDEO] Rider lutut longlai terbabas, Proton Saga enggan berhenti lepas dikejar beramai-ramai


  • Tular
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Tangkap layar daripada rakaman yang memaparkan penunggang motosikal berkenaan jatuh selepas cuba menghalang sebuah Proton Saga daripada melarikan diri.

SATU video tular sejak Jumaat membabitkan sekumpulan penunggang motosikal bertindak mengejar sebuah kereta jenis Proton Saga di atas lebuh raya, dipercayai berlaku di Balakong, Selangor.

Bagaimanapun, dalam video berdurasi seminit 30 saat itu, kelihatan salah seorang daripada mereka terbabas sehingga terjatuh daripada motosikal ditungganginya.

Kemalangan berlaku selepas dia yang cuba menyekat pergerakan kereta tersebut terbabas ke arah pembahagi jalan sebelum motosikalnya 'melompat' dan gagal dikawalnya lalu jatuh tersembam.

BACA LAGI: [VIDEO] Laluan pejalan kaki penuh dengan kereta dan motosikal, rakyat sukar ikut saranan KKM

WhatsApp Image 2024-05-04 at 23.01.47

Tangkap layar memaparkan penunggang motosikal itu dibantu orang ramai.

BACA LAGI: [VIDEO] Gunung Ruang meletus lagi, notis penutupan lapangan terbang dilanjutkan

Insiden itu menyaksikan lelaki terbabit terduduk menahan kesakitan sebelum penunggang motosikal lain memapahnya ke tepi jalan untuk mengelak daripada kecelakaan lebih serius.

Melihat kepada rakaman itu, Proton Saga berkenaan didapati cuba untuk melarikan diri dengan kedua-dua tingkap kanan sudah pecah dipercayai akibat dihentam penunggang motosikal menggunakan objek keras sebelum itu.

Namun, pemandu kereta masih dapat mengawal kenderaan meskipun terdapat kesesakan lalu lintas selain beberapa buah motosikal cuba untuk menghalang laluannya.

Bagaimanapun, motif di sebalik percubaan itu masih belum diketahui setakat ini, selain tiada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram