Anggota polis berpangkat koperal ditemui mati dipukul di Balakong


  • 112
  • Sabtu, 23 Mac 2024

SEORANG anggota polis berusia 34 tahun ditemui mati di sebuah blok rumah pangsa di Taman Impian Indah, Balakong, Kajang di Selangor pada awal pagi Sabtu.

Sumber berkata, polis menerima panggilan selepas mangsa ditemui terbaring tidak bergerak di tempat kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Difahamkan, mangsa yang berpangkat koperal bertugas di lokap Sentul, Kuala Lumpur.

Polis Kajang sedang menyiasat mengenai kematian itu dan akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

Polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi polis Kajang di talian 03-8911 4222. — The Star/CHARLES RAMENDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram