Kos haji semakin meningkat, HAFIS antara bantuan disediakan demi ringankan beban


  • Primer
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Jemaah haji daripada golongan B40 diberi peluang untuk menunaikan haji dengan beberapa bantuan kewangan. - Gambar hiasan

MELAKSANAKAN ibadat haji merupakan antara kewajipan ke atas setiap umat Islam jika berkemampuan.

Setiap muslim juga dipertanggungjawab untuk menunaikannya sekurang-sekurangnya sekali seumur hidup.

Namun, tidak semua individu mampu melakukannya lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang kurang stabil.

Pada Januari lalu, Tabung Haji (TH) mengumumkan peningkatan kos untuk seorang bakal haji bagi 2024 sebanyak lapan peratus iaitu RM33,300 berbanding RM30,850 pada 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman juga mengesahkan bahawa pihaknya sudah menetapkan kadar tetap bagi golongan tersebut.

Menurutnya, TH bagaimanapun mempertimbangkan keputusan tersebut dan memutuskan untuk memberi sedikit kelonggaran kepada golongan berpendapatan rendah khususnya B40.

Justeru, terdapat beberapa bantuan lain ditawarkan oleh TH serta pihak kerajaan yang mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.

1. Insentif untuk jemaah haji Selangor

BACA LAGI: Ramai akui ketagih manis, Kempen Tolak Gula PERKESO 'jentik' hati golongan muda

WhatsApp Image 2024-05-03 at 9.07.45 PM

Insentif haji yang ditawarkan kerajaan Selangor. — Menteri Besar Selangor Incorporated

Pada Isnin lalu, kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI mengumumkan pemberian Insentif Haji Muassasah 2024 berjumlah RM3 juta kepada 6,000 bakal jemaah di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi insentif itu bakal haji jemaah berkenaan akan menerima RM500 setiap seorang.

Peruntukan tersebut juga diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2024 pada November tahun lalu.

Bakal jemaah yang layak boleh memohon untuk Insentif Haji Muassasah bermula 6 Mei hingga 23 Ogos di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Mereka perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2024 dengan paparan KOD MUAS.

2. Bantuan Kewangan Haji

Prihatin dengan kepayahan rakyat untuk menunaikan haji, kerajaan sebelum ini bersetuju meneruskan Bantuan Kewangan Haji Secara Bersasar yang diberikan kepada jemaah Haji Muasassah golongan B40 dengan jumlah RM1,000 seorang.

Pada Januari lalu, kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM9.4 juta selepas bersedia memberi subsidi sebanyak RM1,000 bagi setiap golongan B40 yang bakal menunaikan haji buat pertama kali musim haji 2024.

Bantuan yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana jemaah B40 hanya perlu membayar kos sebanyak RM12,356.

3. Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) dari Tabung Haji

BACA LAGI: Ramai akui ketagih manis, Kempen Tolak Gula PERKESO 'jentik' hati golongan muda

WhatsApp Image 2024-05-03 at 9.08.55 PM

Bantuan kewangan haji yang diberikan oleh TH. — Tabung Haji

Setiap tahun, TH memperuntukkan sumber kewangan daripada pihak mereka bagi membantu jemaah menunaikan haji melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan para pendeposit TH tidak perlu bimbang tentang simpanan mereka yang kemungkinan disalah guna.

TH juga memperuntukkan bantuan kewangan haji sehingga 63 peratus daripada kos haji untuk golongan B40 iaitu sebanyak RM20,944 selain bantuan kewangan tambahan RM1,000 kepada jemaah haji B40 yang ditanggung kerajaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram