[VIDEO] Penunggang maut tersagat 'divider' bergesel lori di P. Pinang sempat terduduk, tangan terputus lepas nahas


  • Tular
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan kecederaan parah dialami mangsa ekoran kemalangan yang berlaku di Kilometer 13.9 Lebuh Raya Kulim-Butterworth arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang, Pulau Pinang pada Sabtu.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan bersama sebuah lori sehingga tercampak ke atas penghadang besi jalan dalam kejadian di Kilometer 13.9 Lebuh Raya Kulim-Butterworth arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang, Pulau Pinang.

Dalam kejadian sekitar tengah hari Sabtu itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dilihat bergesel dengan sebuah lori yang secara tiba-tiba membelok ke kiri di lorong kecemasan.

Impak daripada insiden tersebut, mangsa yang juga pemuda berusia 19 tahun berkenaan dilihat terbabas sebelum tercampak ke atas besi penghadang di tepi lebuh raya terbabit.

BACA LAGI: ‘Saya hari-hari berkomunikasi dengan PM', Amirudin sangkal dakwaan Anwar boikot kempen PRK KKB

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah sehingga putus tangan kiri.

Satu rakaman tular turut menunjukkan keadaan mangsa yang terduduk di tepi jalan masih dalam keadaan bernyawa.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Irfan Azim dan berasal dari Kampung Surai Bakai, Kuala Ketil, Kedah dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

BACA LAGI: Penubuhan SAVe dijangka setahun, dua lagi — Exco Selangor

Menurut maklumat awal dikongsikan orang awam, laluan motosikal di lebuh raya berkenaan ditutup ketika kejadian kerana kerja penyelenggaraan.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram