Lagi timbul cadangan hapuskan tol, ini 3 janji mansuh tol masih belum direalisasikan


  • Massa
  • Rabu, 06 Mac 2024

Cadangan untuk menghapuskan tol bukanlah asing di Malaysia. — Gambar hiasan

PADA Isnin, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menghapuskan Plaza Tol Gombak dan Karak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan bagi menangani kesesakan serius yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur.

Menurutnya, pada ketika ini, pengguna di lebuh raya berkenaan terpaksa berhenti di sebanyak empat plaza tol.

Menurut beliau, situasi itu melambatkan waktu perjalanan dan menyumbang kepada kesesakan.

Untuk rekod, cadangan untuk menghapuskan tol bukanlah asing di Malaysia.

Malah, langkah pemansuhan itu juga pernah dilakukan terhadap beberapa plaza tol di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

Antaranya adalah plaza tol di Teluk Kapas, Klang Utara Lebuh Raya Cheras-Kajang, Batu 11, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Sungai Rasau; Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru (EDL).

Dalam pada itu, tindakan cadangan dan pelaksanaan penghapusan tol terbabit juga sering kali digunakan sebagai bahan kempen oleh parti politik.

The traffic situation is congested at the gombak toll plaza from Kuala Lumpur heading towards the east coast following the Eid al-Adha holiday.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Tuan Ibrahim mencadangkan agar kerajaan menghapuskan plaza tol Gombak bagi mengatasi kesesakan yang berlaku di lebuh raya Pantai Timur.

Ini kerana tersebut dilihat cukup popular kerana ia mampu meringankan beban rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tidak semua janji yang dikemukakan itu berjaya direalisasikan atas pelbagai faktor.

Berikut merupakan antara cadangan dan janji penghapusan tol yang masih tidak dilaksanakan:

1. Plaza Tol Sungai Nyior

Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) 2008, DAP yang ketika itu masih berada di blok pembangkang memberikan janji untuk menghapuskan bayaran di dua plaza tol Pulau Pinang.

Pemansuhan tersebut melibatkan dua tempat iaitu plaza tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Sungai Nyior.

Bagaimanapun, langkah untuk menghapuskan plaza tol terbabit terus menjadi tanya kerana selepas lebih 16 tahun ia dijanjikan.

Pada masa sama, isu mengenai pemansuhan Plaza Tol Sungai Nyior kembali timbul selepas ia kembali dimainkan pembangkang di negeri tersebut ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu.

Menjawab mengenai perkara berkenaan, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, keputusan memansuhkan tol Plaza Sungai Nyior tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, ini kerana terdapat perjanjian melibatkan kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya sedang menunggu penimbangan kerajaan Persekutuan mengenai isu pampasan perlu dibayar kepada Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) (Penang) Sdn Bhd jika ia dimansuhkan.

Plaza Tol Sungai Nyior mula beroperasi pada Januari 2007 semasa yang dikenakan kini adalah antara RM1.20 hingga 3.60.

Untuk rekod, Pakatan Harapan (PH) ketika kempen PRU14 turut berjanji untuk memansuhkan tol jambatan pertama Pulau Pinang sekiranya gabungan itu berjaya menawan Putrajaya.

2. Tol PLUS

Dalam pada itu, PH ketika kempennya pada PRU15 ketika penghujung 2022 menyatakan kesediaan gabungan itu untuk memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika diberi mandat membentuk kerajaan.

Perkara itu dimasukkan dalam janji keenam manifesto gabungan itu.

Di dalam manifesto terbabit, ia antara lain menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik.

Langkah itu bagi membolehkan kerajaan mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Dalam ucapannya ketika berkempen, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berkatam, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun.

3. Tol percuma 4 plaza tol Lembah Klang

1561321

LDP merupakan antara empat lebuh raya di Lembah Klang yang pernah dicadangkan diambil alih oleh kerajaan.

Pada 2019, kerajaan ketika itu yang diterajui PH memaklumkan proses rundingan sudah dimulakan bersama Gamuda Bhd untuk mengambil alih konsesi lebuh raya yang pegangan majoritinya dimiliki syarikat berkenaan.

Langkah itu dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada di empat lebuh raya bertol di Selangor dan Kuala Lumpur selepas menyelesaikan pengambilalihan berkenaan.

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Dalam kenyataan mengenai perkara tersebut, kerajaan menjelaskan bahawa caj kesesakan akan diperkenalkan sebagai ganti kepada mekanisme kutipan tol sedia ada di lebuh raya berkenaan.

Menerusi cara tersebut, pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang bersamaan dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Katanya, dengan itu, penggunaan di lebuh raya terbabit adalah percuma dengan kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu 'off-peak' antara pukul 11 malam dan 5 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram