[VIDEO] 'Hampa pakai free, ini baru gentleman', Sanusi persoal Selangor isu tukar dewan majlis raya perantau Kedah


  • Politik
  • Khamis, 02 Mei 2024

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan mengalu-alukan mana-mana parti politik untuk menyewa dewan di negeri pentadbirannya.

GARA-GARA menggunakan poster terpampang wajah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebuah acara yang diadakan di Shah Alam, Selangor terpaksa ditukar ke lokasi lain.

Mendedahkan mengenai perkara itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, lebih buruk lagi, pemilik premis turut memulangkan duit deposit penganjur majlis tersebut yang sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

“Tadi ada himpunan anak Kedah di perantauan, saya pergilah di IDCC. Sebelum itu kita tempah satu dewan lain, ada la satu dewan.

“Oleh kerana dewan itu digunakan oleh anak Kedah dan poster dia pula, poster Sanusi, dipulangkan duit deposit.

“Selangor, teruk betul Selangor. Bagi balik (duit deposit),” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada malam Rabu.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri Kedah tidak akan melakukan amalan tersebut hanya kerana perbezaan politik.

BACA LAGI: Dengar cakap ibu, GK Kelantan tukar karier tinggalkan bola sepak demi bergelar anggota polis

Malah, beliau berkata, pihaknya akan mengalu-alukan mana-mana parti politik untuk menyewa dewan di negeri pentadbirannya.

“Saya tuan-tuan di Kedah, parti apa pun mai di Kedah, nak guna dewan apa pun hangpa (anda) mai (datang) aku bagi sewa semua, hang nak guna stadium, hang mai.

“Ni PMX (Perdana Menteri) akan datang 4 Mei ini buat Hari Raya Madani di satu tanah milik GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Kerajaan Negeri, hangpa pakai percuma.

“Semua mai makan, apa caj sewa, hentam, percuma, Madani, semua boleh mai,” katanya.

BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata

Ujarnya lagi, tindakan membenarkan penyewaan mana-mana fasiliti di Kedah menunjukkan kerajaan pimpinan PAS adalah gentleman berbanding Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Hat (Yang) itu kerajaan gentlemen, semua orang boleh makan, ni dak, ooi bayar sewa tu, bagi balik Sanusi mai.

Hangpa takut apa Nusi, koyak? Panas tak apa tuan-tuan, jangan koyak, lemah kawan saya ini, tak boleh kata kat dia, nanti lagi dia serang, kata kat dia yang kena tu,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram