Tampil awet muda, ketahui 4 rahsia penjagaan kulit wajah 'flawless'


  • Sihat
  • Sabtu, 30 Dis 2023

Rata-rata wanita pasti mengidamkan wajah yang 'flawless' seperti artis Korea. — Gambar hiasan

RATA-RATA masyarakat mengidamkan kulit yang sihat dan licin terutamanya kaum hawa kerana wajah yang cantik dapat meningkatkan keyakinan diri.

Bagi membolehkan seseorang miliki wajah seperti yang diidamkan, terdapat banyak cara yang boleh dibuat seperti merujuk kepada pakar kulit seperti konsultasi kulit atau klinik pakar.

Terdapat empat bahagian mengikut elemen huruf F.A.C.E. iaitu 1(F=facial), 2(A=advance), 3(C=care) dan 4(E=extra) bagi menghasilkan kulit sihat.

Untuk elemen satu iaitu huruf F(facial) mempunyai satu tip sahaja iaitu:

Terlalu_sering_cuci_muka

Cuci muka merupakan salah satu perawatan kulit yang biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang.

1. Penyucian pada wajah

Gunakan pembersih wajah yang betul iaitu sesuai dengan jenis kulit samada jenis kombinasi, berminyak atau kering sebanyak dua kali sehari.

Elakkan daripada mencuci wajah dengan air panas, kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Seperti yang semua ketahui, asas kulit yang sihat bermula dengan pembersihan yang betul.

Hal ini demikian kerana cuci muka dapat menghilangkan kotoran muka seperti habuk persekitaran dan kuman dan minyak berlebihan yang mana boleh mendatangkan jerawat.

Selain itu, elemen kedua iaitu huruf A(advance) memerlukan sedikit dana, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Nak cantik, mestilah keluarkan sedikit wang pada zaman kini mana ada yang percuma bukan? Kita hanya perlu beli tambahan dua produk sahaja yang penting iaitu pelembap dan pelindung matahari.

Mari kita telosori dengan lebih mendalam perihal dua tip tambahan serta kelebihan yang ada pada dua produk ini.

1. Penggunaan pelembap muka:

Pelembap merupakan satu perkara penting kerana berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit. Pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada kering, berminyak, atau kombinasi.

Susulan dengan pelembap untuk mengekalkan kulit anda lembap dan anjal.

Cari pelembap dengan bahan seperti asid hyaluronik atau ceramide untuk penghidratan optimum.

2. Pemakaian pelindung sinaran matahari dan UV:

Pemakaian pelindung matahari dan UV adalah wajib pada setiap hari, bahkan saat cuaca mendung ataupun di dalam rumah.

Pendedahan matahari boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, menyebabkan penuaan pramatang, bintik-bintik gelap, kanser kulit dan kulit tidak sekata.

Lindungi kulit kita dengan pelindung matahari dan sinaran UV yang mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi daripada itu setiap hari serta berwaspada dengan cuaca yang panas, sentiasa memakai semula dan membawa kemana-mana produk tersebut sebagai sediakan payung sebelum hujan.

Pastikan muka dan kawsan badan yang terdedah sentiasa memakai pelindung matahari dan cari tempat teduh semasa waktu puncak matahari untuk meminimumkan keburukam daripada cahaya matahari yang melampau.

Seterusnya, elemen yang ketiga iaitu (C=care) yang mana mempunyai tiga tip dalam penjagaan kulit melalui cara penjagaan diri sendiri daripada gaya hidup yang sihat iaitu:

1. Minum air secukupnya:

Air adalah kunci untuk menjaga kelembapan kulit dari dalam, kita hendaklah minum sekurang kurangnya 1.5 liter satu hari atau lebih tepat bersesuaian dengan berat badan kita.

Penghidratan yang mencukupi membantu mengelakkan kekeringan kulit, yang boleh menyebabkan masalah seperti kulit kering dan bersisik.

Air dapat menjaga kelembapan kulit dari dalam, memberikan kesan lembut, halus, dan berseri pada kulit.

Selain itu, air juga memainkan peranan penting dalam membersihkan tubuh daripada toksin dan sisa-sisa yang boleh memberi impak negatif kepada kulit.

Air juga berperanan dalam memelihara elastisiti kulit, yang mana muka kelihatan lebih bermaya dan kurang garis-garis halus.

Oleh itu, kita mestilah minum air yang mencukupi sebagai satu langkah penting dalam menjaga kesehatan dan kecantikan kulit wajah.

2.Makan makanan yang seimbang:

Penampilan kulit muka dipengaruhi kepada apa yang kita masukkan ke dalam badan termasuklah suplemen terutamanya pemakanan.

Makanan yang berkhasiat iaitu kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak yang sihat boleh menyokong kesihatan kulit. Gaya pemakanan yang seimbang memberikan nutrien penting seperti vitamin dan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit. Hal ini demikian dapat membantu menguatkan struktur kulit dan melawan kerosakan akibat radikal bebas. Tambahan pula, makanan yang tinggi antioksidan, seperti beri, sayur- sayuran berdaun, dan kacang, untuk memerangi radikal bebas dan menggalakkan sinar muka. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran, dan asam lemak omega-3 membantu mencapai kulit yang lebih sihat dan bersinar.

3. Mendapatkan tidur yang secukupnya:

Tidur yang mencukupi adalah penting kerana semasa tidur, tubuh kita berada dalam proses pemulihan dan tidur yang cukup adalah penting untuk peremajaan kulit. Proses regenerasi kulit berlaku pada waktu kita sedang tidur, ianya membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak yang mana sekiramya kita kurang tidur ia boleh menyebabkan tekanan dan memberi kesan negatif kepada penampilan kulit, termasuklah kulit menjadi kusam, wujud lingkaran hitam di bawah mata, dan penuaan muka menjadi lebih cepat. Sebaiknya kita sasarkan untuk 7-8 jam tidur yang berkualiti pada setiap malam untuk menggalakkan kulit yang menjadi sihat. Gunakan sarung bantal sutera atau satin untuk meminimumkan geseran dan mengelakkan garis tidur atau lipatan.

Akhir sekali, elemen yang keempat iaitu (E=extra) yang mana mempunyai empat tips kecil dalam penjagaan kulit dengan cara penjagaan diri sendiri dari luar dan dalam iaitu:

1. Rutin ekfoliasi pada wajah

Ekfoliasi dapat membuang sel-sel kulit mati yang mana membantu meremajakan semula kulit serta melicinkan kulit sekuranya melakukannya secara berkala.

Gunakan 'scrub' atau produk pengelupasan yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Pengelupasan adalah penting untuk membuang sel kulit mati dan menggalakkan pertukaran kulit muka.

Hal ini demikian, membantu membuka liang pori-pori muka sementara bagi memudahkan skincare masuk ke dalam liang pori muka tersebut dan menjadikan kulit lebih segar dan berseri.

Gunakan pengelupasan ringan sekali atau dua kali seminggu, bergantung pada sensitiviti kulit kita.

Bersikap lembut untuk mengelakkan kerengsaan, dan pilih produk dengan pengelupasan semula jadi seperti ekstrak daripada buah- buahan atau asid lembut seperti salicylic acid ataupun AHA+BHA.

2. Hindari stres berlebihan

Stres dapat memengaruhi kesihatan kulit muka kerana tekanan yang kronik dapat memberikan kesan negatif kepada badan kita.

Stres dapat menyebabkan jerawat, kusam dan keradangan.

Sedar atau tidak punca jerawat sering berlaku apabila kita stres terutamanya remaja yang sedang belajar.

Kita boleh lakukan sesuatu yang dapat mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti senaman, meditasi ataupun yoga bagi mengekalkan keseimbangan yang sihat dari mental dan fizikal.

Utamakan penjagaan diri dan cari perkara yang paling sesuai untuk anda menguruskan tekanan dengan lebih berkesan.

klinik-pakar-kulit

Pakar Dermatologi mampu mendiagnosis masalah kulit dengan tepat.

3. Konsultasi dengan pakar dermatologi

Mendapat bimbingan daripada pakar dermatologi adalah penting untuk mencapai kulit yang bersih.

Pakar dermatologi menyediakan penilaian profesional terhadap kulit anda, menawarkan pelan rawatan yang diperibadikan yang disesuaikan dengan keperluan khusus anda.

Dengan kepakaran dalam pelbagai keadaan kulit, mereka boleh mendiagnosis isu dengan tepat dan menetapkan ubat atau rawatan yang berkesan.

Pakar dermatologi juga menawarkan penyelesaian lanjutan seperti pengelupasan kimia atau terapi laser untuk kebimbangan yang berterusan.

Jika masalah kulit berterusan berlarutan, konsultasikan dengan pakar dermatologi untuk dapatkan perawatan yang sesuai dengan kondisi kulit kita.

Para pakar dermatologi akan boleh memberikan nasihat peribadi, menetapkan ubat jika perlu dan mengesyorkan rawatan profesional seperti rawatan muka atau pengelupasan kimia.

Di luar rawatan, mereka memberikan nasihat pencegahan, termasuk perlindungan matahari dan cadangan gaya hidup, memastikan bukan sahaja kulit lebih bersih tetapi juga kesihatan kulit secara keseluruhan.

Berunding dengan pakar dermatologi adalah langkah proaktif ke arah mengurus gangguan kulit dan mengekalkan kesihatan fizikal dan harga diri.

No-To-Alcohol

Mengelakkan alkohol dan merokok adalah penting untuk mencapai kulit yang licin dan cantik.

4. Hindari merokok dan alkohol

Mengelakkan alkohol dan merokok adalah penting untuk mencapai kulit yang licin dan cantik kerana alkohol boleh mengeringkan kulit sehingga menjadikan kulit kekeringan dan kusam.

Ia juga boleh memburukkan lagi keadaan kulit seperti memiliki masalah tiny bumps dan jerawat.

Selain itu, ia boleh mengakibatkan penuaan pramatang, kedutan dan kulit kusam.

Kedua-dua alkohol dan merokok menyumbang kepada keradangan, yang boleh memburukkan lagi masalah kulit yang sedia ada dan menghalang proses penyembuhan semula jadi kulit.

Tambahan pula, tabiat ini boleh melemahkan sistem imun, menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan penyembuhan tertangguh.

Dengan memperhatikan tip-tip ini, anda dapat meraih kulit yang sehat dan bersinar.

Ingatlah bahawa konsistensi dalam perawatan kulit sangat penting untuk melihat hasil yang optimal.

Dengan mengambil berat tentang aspek-aspek ini dalam penjagaan diri, kita dapat memastikan kulit kita mendapat perawatan holistik dan menyeluruh untuk kekal sihat dan berseri.

Mencapai kulit yang jelas dan berseri memerlukan pendekatan holistik yang menggabungkan rutin penjagaan kulit yang konsisten, pilihan gaya hidup sihat dan kesabaran. — Majoriti

Adriana Batrisyia Muhammad Syarifuddin,

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram