SELEBRITI Syifa Melvin kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 29, memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya untuk melangkah ke fasa baru itu dipermudahkan.
Paling menarik, Syifa juga sempat meminta tips berkaitan kelahiran daripada pengikutnya yang sudah bergelar ibu.
"Hi semua! Doakan lancar segala urusan Syifa menuju ke fasa baru dalam hidup. Ada apa-apa tips tak anda nak kongsi? Hehehe," tulisnya menerusi Instagram peribadinya.
Menerusi perkongsiannya yang lain, Syifa turut menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang mengandung kerana sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.
Namun, dia mempunyai kerisauan dengan pengetahuan asas terhadap perihal penyusuan badan selepas bersalin sehingga berguru dengan pihak yang mahir untuk belajar perkara tersebut sebagai persediaan pra kehamilan.
"Pada Khamis, saya hadir sesi ilmu penyusuan badan dengan @breastfeedwithsimran. Sejujurnya mengandung tiada masalah, nak lahirkan pun Syifa dah tetapkan dalam otak dah sebab hari bersalin sangat nak dekat dah, saya hadap je sebarang kemungkinan.
"Tapi sejujurnya Syifa paling risau pasal penyusuan sebab kita asyik dengar bengkak susu, nipple crack semua. jadi Syifa memang tak ada langsung ilmu pasal itu kan.
"Jadi saya putuskan nak pergi jumpa @breastfeedwithsimran untuk selesaikan kerisauan ni, bila dah ada ilmu Alhamdulillah dah yakin. Selebihnya berdoa je supaya semua lancar. Terima kasih to @sofeamastan untuk aturkan ini!," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para ibu tampil memberikan pelbagai respons berkenaan tips sebelum, semasa dan selepas melahirkan.
"Bagus Syifa. Ilmu penyusuan ni walaupun anak lima sekali pun tetap kena belajar sebab nak urus guna emosi itu sangatlah susah. Dengan kita perlukan sokongan moral dari suami dan kelurga. Kalau tak kuat memmang taklah, bukan senang-senang kita seronik beli pam susu badan, kata nak menyusukan tapi bila dah hadap. Allah. Semoga Allah permudahkan urusan Syifa," tulis n.aisyahy.
"Wah bagusnya. Ingatkan bersalin tu dah sakit. Pertama kali nak menyusukan dalam seminggu tu paling mencabar. Selepas itu, Alhamdulillah okay. Selamat maju jaya Syifa," tulis kekasihfasha.
"Ilmu penyusuan ni memang penting. Dulu waktu anak pertama tiada ilmu. Main redah saja sebab ingat mudah. Anak nangis saja bagi susu. Semudah tu saya pikir rupanya nipple crack. Setiap dua jam kena bangun susukan semua tu tak terfikir. Bila mengandung anak kedua barulah ambil kelas penyusuan dan sejujurnya bila ada ilmu yang cukup Alhamdulillah dah tak tertekan dalam pantang. Boleh pantang dengan tenang. Sampaikan mentua pelik cucu dah tak menyusu ke? Terkejut sebab kita memang atur dua jam saja bangun untuk penyusukan," kata stowbeyies.
Malah, mereka juga mendoakan agar kesihatannya bersama bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Terdahulu, Syifa dan Safawi, pemain sayap JDT telah mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram