Temui nota ancaman letupan di KLIA, polis sahkan bagasi hanya berisi laptop


  • 112
  • Khamis, 25 Apr 2024

Pasukan PDRM melakukan siasatan di Pusat Kargo KLIA susulan bungkusan didakwa berisi bom.

UNIT Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas terdapat amaran berbentuk nota mengenai bahan letupan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shariat mengesahkan insiden itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari pada Khamis.

"Semakan petugas mendapati bungkusan itu tertulis, 'Awas, jangan campak nanti meletup, ini bom'.

"Semasa diimbas, bungkusan itu dipercayai mengandungi bateri dan beberapa wayar.

"Hasilnya, didapati negatif bahan letupan, namun terdapat ayat ancaman pada bungkusan berkenaan dan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam kenyataan.

BACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah Cie

WhatsApp Image 2024-04-25 at 21.34.29

Komputer riba dan pengecas yang ditemui dalam bagasi berkenaan.

BACA LAGI: Suspek kes tembak KLIA ada buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi

Siasatan mendapati bagasi tersebut hanya berisi komputer riba berserta kabel pengecas yang didapati dialamatkan kepada individu di Limbang, Sarawak.

"Pihak penghantar juga mengesahkan barangan berkenan adalah komputer riba. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram