SEORANG wanita di in Accrington, England disaman sebanyak £100 (RM542) gara-gara kelewatan servis restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC).
Wanita dikenali sebagai Carolyn Bentham, 47, meninggalkan kenderaannya di tempat letak kereta KFC sebelum membawa dua anaknya yang berusia tiga dan 10 bulan ke rangkaian makanan segera tersebut.
Mereka bertiga masuk ke dalam restoran dan memesan makanan mereka pada jam 1.30 petang, namun hidangan tersebut hanya terhidang pada jam 2 petang.
Selesai makan, Carolyn dan anak-anaknya pulang ke kereta dan mendapati terdapat sekeping tiket saman diletakkan di atas keretanya.
Saman bernilai itu £100 (RM542) dikenakan terhadap Carolyn kerana dia lewat 10 minit dan secara tidak langsung melebihi had masa satu jam parkir yang telah ditetapkan.
"Ini bukan salah saya. Saya tidak patut disuruh untuk bayar saman ini. Tidak mungkin saya dapat suap kedua-dua anak saya makan dan kembali ke kereta dalam masa 20 minit sahaja.
"Saya sudah hubungi KFC untuk membuat aduan, namun mereka tidak pasti sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu berhubung hal tersebut.
"Akhirnya, saya terpaksa bayar lebih hanya kerana saya hendak makan KFC dengan anak saya," katanya pada media tempatan.
Mengetahui kisah ini telah tersebar di media pada 29 Julai lalu, jurucakap rangkaian gergasi makanan segera itu akhirnya tampil memberikan respons balas.
Jurucakap tersebut meminta maaf kepada Carolyn atas kesulitan yang berlaku dan mengesahkan bahawa saman itu telah dibatalkan.
"Untuk memastikan kelancaran operasi, kami meletakkan had masa bagi tempat letak kereta, tetapi apa yang berlaku kepada Carolyn itu tidak betul.
"Kami benar-benar minta maaf dan kami telah berhubung dengannya untuk membetulkan keadaan dan membatalkan denda itu," jelasnya menurut laporan media tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram