[VIDEO] Lelaki maut tertiarap depan bilik tidur dipercayai dibunuh, polis siasat motif


  • 112
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Seorang individu ditemui maut dalam keadaan meniarap di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, Klang, Selangor pada Jumaat.

SEORANG individu ditemui maut dalam keadaan meniarap dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, Klang, Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11.39 pagi.

"Polis menemukan mayat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dalam keadaan meniarap di hadapan bilik tidur.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), empat orang lelaki dikesan masuk ke rumah berkenaan dengan bersenjatakan parang dan 'taser gun'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Tengkorak budak 9 tahun retak kena serang warga emas ketika berbasikal ke rumah

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori tersepit nahas 5 kenderaan di Sepang

Tambah beliau, seorang lagi suspek berada di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang diparkir di hadapan rumah tersebut.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram