#JomSapot BeliLokal 2.0 pikat hati juri, SMG-RHB rangkul Anugerah Perak Wan-Ifra Digital Media Awards Asia 2024


  • Bizz
  • Khamis, 25 Apr 2024

(Enam dari kiri), Sharon Lee, Wee, Abdul Sani (dengan trofi), Wang, dan Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Chan Seng Fatt bersama-sama pasukan dari SMG dan RHB di Wan-Ifra Digital Media Awards Asia 2024 di Kuala Lumpur.

STAR Media Group (SMG) dan RHB Banking Group (RHB) muncul sebagai pemenang perak dalam Anugerah Media Digital Wan-Ifra Asia 2024 untuk pemasaran projek #JomSapot BeliLokal 2.0.

Pengiktirafan itu berada di bawah kategori anugerah 'Penggunaan AI Terbaik dalam Strategi Hasil'.

#JomSapot BeliLokal 2.0 merupakan gabungan usaha #JomSapot RHB dan inisiatif BeliLokal SMG.

BACA LAGI : The Star raih emas Putra Brand Awards 2023

unnamed

Wang (tengah), bersama Wee (dua dari kiri) dan Abdul Sani selepas menerima trofi anugerah perak bagi kategori 'Penggunaan Terbaik Al dalam Strategi Hasil'.

BACA LAGI : Majoriti 7 raih anugerah Putra Aria Brand Awards 2023

Ia merupakan inisiatif pemasaran bersepadu pertama seumpamanya yang memanfaatkan generatif Kecerdasan Buatan (AI) dan mendapat sokongan selebriti untuk mempercepat pemulihan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan selepas pandemik.

Selain itu, kempen yang mudah untuk didaftar itu juga menawarkan video promosi AI kepada peniaga PKS secara percuma yang menampilkan watak avatar digital selebriti Malaysia seperti Sazzy Falak.

Ia turut memberi kemudahan dengan penyediaan pelbagai platform media SMG, teknologi pemasaran geo mudah alih dan sokongan untuk perjalanan pendigitalan perniagaan mereka.

Pada masa sama, RHB juga menggalakkan pemegang kad mereka untuk menunjukkan sokongan dengan membeli barangan daripada peniaga yang terlibat di samping akan menerima ganjaran pulangan tunai dan diskaun sebagai penghargaan.

Ketua pegawai pemasaran Kumpulan Perbankan RHB, Abdul Sani Abdul Murad berkongsi bahawa mereka gembira dengan kejayaan luar biasa kerjasama dengan SMG dalam kempen #JomSapot BeliLokal.

Sokongan Sazzy Falak dan penggunaan teknologi GenAI juga telah benar-benar terbukti kerana ia memberikan PKS peluang yang belum pernah diberikan sebelum ini untuk mengiklankan dan mempromosikan jenama mereka oleh selebriti popular tanpa mengenakan sebarang kos.

"Kempen ini menunjukkan lagi sinergi yang kuat antara inovasi GenAI, sokongan selebriti, dan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi sebagai bank untuk menyokong perniagaan tempatan dalam pertumbuhan dan daya tahan yang mapan.

"Kami berharap untuk meneruskan perkongsian itu, sambil kami meningkatkan dan memperkasakan PKS di seluruh rantau ini," katanya.

Ketua pegawai perniagaan SMG, Lydia Wang berkata, sebagai salah satu kumpulan media yang terkemuka dan inovatif, SMG sentiasa menawarkan pelanggannya produk dan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya, di samping komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap sambutan pelanggan.

"Etos organisasi ini menekankan dedikasi kami untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan kami dengan menerima inovasi dan teknologi untuk memacu daya tahan dan pertumbuhan perniagaan.

"Dengan jumlah pembaca sebanyak 24 juta di seluruh negara, SMG berada pada kedudukan terbaik untuk membantu PKS tempatan yang sedang bergelut dengan menyediakan platform pemasaran untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan berkesan pada kos sifar," katanya lagi.

Kempen #JomSapot BeliLokal 2.0 juga telah dilancarkan pada Mei 2023 untuk menawarkan PKS terjejas sokongan komunikasi pemasaran dan perniagaan yang amat diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan pasca pandemik.

Ia bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi serta mengukuhkan hubungan dalam landskap perniagaan Malaysia.

Kempen tersebut telah mendapat penglibatan dengan lebih 220,000 pemilik perniagaan PKS di seluruh negara.

Kempen video AI generatif yang diperibadikan menjangkau lebih 1.4 juta rakyat Malaysia dan mengumpul lebih 6.8 juta tera.

Pengurus Besar Kanan SMG, Elicia Wee menekankan kepentingan kemenangan itu sebagai bukti keupayaan luar biasa SMG Brand Studio dalam menyampaikan kempen pemasaran bersepadu termaju berskala besar untuk pelanggan.

"SMG Brand Studio secara konsisten mendahului dalam menyediakan penyelesaian pemasaran yang inovatif dan didorong oleh cerapan data dan kreativiti yang mantap.

"Ini diperkukuh lagi oleh penggunaan strategik platform media berpengaruh untuk meningkatkan jangkauan dan pengaruh kami.

"Komitmen kami terhadap kecemerlangan memastikan setiap kempen disesuaikan dengan teliti untuk memacu hasil yang nyata dan boleh diukur, mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju industri dalam menyampaikan pengalaman jenama yang memberi impak kepada semua," katanya.

Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman web https://www.rhbjomsapot.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram