SETELAH beberapa tahun melakar nama dalam industri media, The Star berjaya merangkul anugerah emas bagi kategori Media dan Rangkaian di Putra Brand Awards 2023 pada Jumaat.
Turut mewakili agensi itu adalah Ketua Pegawai Kumpulan Media Star, Datin Paduka Esther Ng.
Ia dikatakan adalah satu penghormatan buat Star Media Group sekali gus akan mendorong mereka untuk menjadi platform bermanfaat kepada masyarakat.
"Saya berterima kasih kepada mereka yang mengundi kami," kata Esther.
BACA LAGI : Majoriti 7 raih anugerah Putra Aria Brand Awards 2023
Pada masa sama, anugerah platinum dalam kategori sama turut dimenangi Astro, sementara stesen radio Melayu Era FM dan Harian Metro kedua-duanya menerima trofi Perak.
Manakala, Hot FM dan TV3 pula dilaporkan menerima trofi gangsa.
Putra Brand Awards 2023 tersebut diadakan di Hotel One World di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat bertujuan untuk mengiktiraf jenama yang membina hubungan kukuh dengan para pengguna.
Para pemenang dipilih melalui cara penyelidikan efektif yang sebelum ini dimulakan oleh IQ LeanLab melibatkan sekurang-kurangnya 6,000 pengguna di Malaysia bagi menentukan jenama kegemaran dalam pelbagai kategori.
Menurut penganjur Anugerah Jenama Putra, lebih 11,000 maklum balas pengguna telah diterima dalam tempoh lapan minggu.
BACA LAGI : Wartawan Majoriti muncul finalis Top 5 Anugerah SAM-100Plus 2022
Tempoh tinjauan itu dikatakan bermula dari September hingga Oktober 2023 yang diterbitkan di 62 laman sesawang.
Maklum balas telah dikumpul secara langsung oleh syarikat penyelidikan Ipsos sebelum disusun untuk pengesahan oleh Lembaga Pengelola Putra Brand Awards 2023.
Lembaga itu juga diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Tan Sri Vincent Lee bersama ketua kumpulan media lain dan persatuan pengiklanan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram