ANTARA cabaran utama yang berlaku dalam sebuah organisasi atau syarikat tentunya tentang isu disiplin pekerja. Malah, isu ini seringkali menjadi perdebatan antara majikan dan pekerja sebuah organisasi itu sendiri.
Bagi majikan dan pegawai sumber manusia, semakin ramai pekerja, makin banyak cabaran dalam menguruskannya.
Antara cabaran utama yang berlaku dalam sebuah organisasi atau syarikat tentunya tentang isu disiplin pekerja.
Bagi seorang penceramah bisnes, Abdul Basit berkata majikan tidak seharunya membiarkan pekerja yang tidak berdisiplin terus bermaharaja lela.
"Cabaran bisnes 2024 bukanlah pada ekonomi sebaliknya pekerja.
"Tapi salah kita (majikan),kenapa biar mereka berada berlama-lama dan terus memeningkan kepala kita," tulisnya di laman Facebook miliknya pada Khamis.
Penceramah bisnes, Abdul Basit. — Facebook
Tambah Pengerusi Syarikat Byond Group itu lagi, majikan seharusnya bertindak lebih tegas.
"Kita sebagai pemilik bisnes, kalau dapat pekerja yang bermasalah, perlu buat keputusan cepat untuk lepaskan mereka, 'button' emosi kasihan tidak terpakai.
"Kita patut lebih kasihankan pekerja yang sedia ada terganggu dengan pekerja yang bermasalah ini," katanya.
Pada masa sama, Abdul Basit turut berkongsi satu tangkap layar perbualan bersama bekas pekerjanya.
Dalam perbualan tersebut, individu berkenaan meminta nasihat sama ada sekiranya pekerja datang lambat ke pejabat dan diberhentikan adakah kes tersebut boleh dilaporkan ke Jabatan Buruh.
"Kes terbaharu baru dapat untuk awal tahun 2024,dari view pekerja.
"Datang lambat banyak kali,tetap mereka tidak salah. Yang salah tetap kita. Itu ujian pemilik bisnes," tambahnya lagi.
Perbualan tersebut turut menjadi bualan ramai kerana jawapan yang diberikan pemilik syarikat itu agak melucukan tetapi pada masa yang sama tegas.
Abdul Basit merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pembangunan dan latihan usahawan di Malaysia. Dia juga telah dipilih sebagai penerima SME Rising Star Award pada 2017 oleh SME Association of Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram