'Negara tak selamat', profesor AS cabut lari sempat burukkan Malaysia lepas dikecam sentuh isu Palestin-Israel


  • Tular
  • Khamis, 25 Apr 2024

Tangkap layar hantaran kenyataan daripada Bruce yang tular dan mencetuskan kontroversi di Malaysia berkaitan konflik Palestin-Israel.

AHLI Akademik dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley yang tular selepas kenyataan tidak sensitifnya berhubung konflik Palestin-Israel sehingga mencetuskan kontroversi sudah meninggalkan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh dirinya menerusi ciapan di laman X pada pagi Khamis.

Menerusi hantaran tersebut, dia juga seakan-akan tidak serik apabila tanpa segan silu membuat dakwaan serius dengan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara 'islamo-fascist' atau pelampau Islam.

Malah, dia juga cuba mencalarkan imej negara dengan menyifatkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat untuk dilawati.

"Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah di depan gerombolan Islamo-fasis yang disebat oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang," katanya tulisnya sambil memaklumkan akan terus memberikan maklumat terbaharu selepas ini.

BACA LAGI: 'Tidak lama lagi', Muhyiddin akan umum nasib MP Bersatu sokong PMX

Screenshot 2024-04-25 124621

Tangkap layar ciapan terbaharu daripada Bruce pada pagi Khamis.

BACA LAGI: 'Tanya mereka siapa yang menderita?' PM Anwar akui ada pihak cuba kacau kerajaan, nafi gerakan sabotaj PRK KKB

Bruce tular selepas dia mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada rejim Zionis dalam konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

Tidak cukup dengan itu, dia yang juga Profesor Sains Politik di Universiti Negeri Portland turut membuat kenyataan cukup serius dengan mendakwa terdapat ahli politik Malaysia menyokong pembunuhan beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai peristiwa holocaust terhadap orang Yahudi.

Terdahulu, Bruce hadir ke Malaysia bagi memberikan syarahan dalam satu program akademik di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, susulan daripada kontroversi ditimbulkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan agar sebarang program dan aktiviti dijadualkan dihadiri individu terbabit dibatalkan segera.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, KPT memandang serius kenyataan dikeluarkan itu yang disifatkan sebagai mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat.

Menurut Zambry, beliau turut meminta UM untuk menyiasat insiden berkenaan dan segera melaporkan kepada KPT.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata warga maya dilihat melahirkan kekesalan terhadap kenyataan biadap yang dikongsikan Bruce.

Malah, mereka juga menyifatkan warga Amerika Syarikat itu seakan-akan cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa keadaan meskipun dia terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan yang provokatif dan tidak sensitif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram