KWSP dijangka umum perincian Akaun 3 pada Khamis, dikenali Akaun Fleksibel


  • Primer
  • Rabu, 24 Apr 2024

KWSP dijangka akan mengumumkan perincian Akaun 3 pada esok. — Gambar hiasan/The Star

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel pada Khamis (25 April).

Sebelum ini, media melaporkan bahawa, proses penstrukturan semula itu akan menyaksikan akaun KWSP yang sebelum ini daripada dua akan dibahagikan kepada tiga untuk ahli berumur bawah 55 tahun.

Difahamkan, Akaun 1 KWSP pula akan dinamakan semula sebagai Akaun Persaraan (Akaun Persaraan), Akaun 2 sebagai Akaun Sejahtera dan Akaun 3 baharu atau 'Akaun Fleksibel' akan dibentuk.

BACA LAGI: Pencarum ada pilihan pindah dana simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun 3 KWSP

2648153

Perincian Akaun 3 akan diumumkan pada Khamis.

BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak

Ketika ini, 70 peratus caruman bulanan ahli KWSP disalurkan ke dalam Akaun 1, yang tidak boleh diakses sehingga selepas mereka bersara.

Sementara itu baki 30 peratus lagi masuk ke Akaun 2, yang boleh diakses untuk perbelanjaan pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan, serta pengeluaran separa sekali pada usia 50 tahun.

Bagaimanapun mulai Mei, sistem yang disusun semula akan menyaksikan caruman bulanan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 75 peratus ke dalam Akaun 1 (naik daripada 70 peratus), 15 peratus ke dalam Akaun 2 (turun daripada 30 peratus) dan 10 peratus ke dalam Akaun 3 (alokasi baharu yang lebih fleksibel).

Akaun 3 juga memberikan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa pada jumlah paling minimum iaitu RM50.

Selain itu, KWSP sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli yang bertujuan memaksimumkan keuntungan modal untuk memindahkan dana daripada Akaun 3 ke Akaun 2.

Pengenalan Akaun 3 dibuat selepas empat program pengeluaran berkaitan wabak Covid-19 yang menyaksikan sejumlah RM145 bilion tabungan dikeluarkan daripada KWSP.

Sehingga Disember 2023, aset pelaburan dana pencen berkenaan berjumlah RM1.13 trilion.

KWSP membayar dividen RM57.8 bilion kepada ahli untuk 2023, terdiri daripada 5.5 peratus dividen untuk ahli dengan akaun konvensional dan 5.4 peratus untuk akaun Syariah.

KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus untuk akaun konvensional dan 4.75 peratus untuk akaun Syariah pada 2022.

Pada akhir tahun 2023, KWSP mempunyai 8.5 juta ahli aktif. Daripada ahli ini, 6.7 juta mempunyai akaun konvensional, manakala selebihnya mempunyai akaun Syariah. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram