PENGAWAL peribadi yang ditembak di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu sudah sedarkan diri.
Muhammmad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along sebelum ini selesai menjalani pembedahan usus selepas cedera ketika menyelamatkan nyawa pemilik agensi pelancongan, Farah Md Isa.
Situasi terkini itu disahkan sendiri oleh isterinya pada Sabtu.
Along sebelum ini berada dalam keadaan koma ketika menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya.
“Pagi tadi (Ahad), dia sudah tidak lagi menggunakan mesin ventilator.
“Dia boleh bercakap sedikit,” kata Siti Noraida Hassan ketika dihubungi.
Supek (tengah) direman sehingga Isnin depan selepas melakukan cubaan membunuh di KLIA pada 14 April lepas. — The Star
BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak
Bagaimanapun, masih tiada tempoh masa diberikan untuk dia dibenarkan keluar dari hospital.
"Ia mungkin mengambil sedikit masa," tambah Siti Noraida.
Satu kejadian menggemparkan berlaku di KLIA1 pada pukul 1 pagi 14 April lalu selepas seorang lelaki melepaskan tembakan yang menyasarkan isterinya di balai ketibaan.
Farah yang lebih dikenali sebagai Farah Cie sedang menunggu pelanggannya pulang dari umrah ketika kejadian.
Suspek dilaporkan membaling mercun ke arahnya menyebabkan orang ramai cedera sebelum melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Salah satu tembakan dilepaskan itu mengenai Along dengan dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
Suspek dikenali sebagai Hafizul Harawi, 38, kemudian melarikan diri dengan keretanya tetapi ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 3 petang keesokan harinya. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram