ACARA merentas desa anjuran Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini dilakukan mengikut garis panduan sedia ada, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
Beliau berkata, tidak timbul persoalan untuk mempertanggungjawabkan pentadbiran sekolah walaupun berlaku insiden malang melibatkan seorang pelajar yang rebah semasa program sukan itu.
BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi
Pelajar berusia 14 tahun terbabit rebah dan kemudiannya meninggal dunia selepas menyertai larian merentas desa anjuran pihak sekolah.
“Setiap acara merentas desa mematuhi garis panduan sedia ada, dan tiada asas untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu selepas menghadiri Program Jelajah Pendidikan Madani di penempatan Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan pada Ahad.
BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak
Pada 19 April lalu, pelajar Tingkatan Dua, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli rebah kira-kira 50 meter sebelum garisan penamat semasa larian merentas desa.
Pelajar itu kemudiannya diketahui mempunyai masalah jantung berlubang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram