[VIDEO] Pernah cuci tandas masjid, gadai emas isteri, Cef Ammar kongsi detik sukar hidup sebelum perniagaan popular


Cef Ammar pernah melalui pengalaman pahit sebelum perniagaannya berkembang maju.

SETIAP kali bulan Ramadan, pasti ramai tercari-cari sajian istimewa nasi Arab yang dibawakan oleh cef terkenal kelahiran Palestin iaitu Cef Ammar.

Manakan tidak, nasi Arab hasil air tangannya boleh dikatakan sempurna dengan pelbagai ramuan rempah menggunakan resipi turun temurun daripada keluarganya.

Namun di sebalik namanya, Cef Ammar tidak ketinggalan melalui liku-liku sukar dalam mengendalikan perniagaan.

Dalam temu bual bersama BFM Radio - The Business Station, Cef Ammar mendedahkan mengenai detik getir yang pernah dihadapi sebelum bergelar tukang masakan terkenal.

110336547_131616121944502_2853159881238343035_n

Cef Ammar menerima kecaman daripada segelintir pihak mengenai harga yang dikenakan buat jualannya. — Facebook

Menurut Cef Ammar, dia pernah memegang jawatan sebagai cef eksekutif sebelum memutuskan untuk berhenti bekerja kerana isu halal walaupun gajinya yang diterima pada ketika itu agak lumayan.

“Selepas saya berhenti kerja hotel, hidup saya agak susah dan sepanjang dua tahun itu, saya tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Simpanan (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) KWSP saya sudah habis, kereta sudah dijual, emas milik isteri juga saya jual, kamera sendiri kena jual. Saya tak boleh bagi anak sendiri makan,” katanya.

BACA LAGI: Harus hukum berbuka dengan bersetubuh tapi jangan abai adab di sisi Islam — Dr Zulkifli

BACA LAGI: Nur Izzah tak kisah tangan terluka, anggap pisau mahu jadi kawan di dapur

Lebih menyayat hati, Cef Ammar mendedahkan dia terpaksa membersihkan tandas di masjid semasa mengalami masalah kewangan.

"Walaupun dulu saya cef eksekutif, tetapi saya cuci tandas masjid, selain cuci kereta orang, tetapi tak mengapa. Saya pastikan anak-anak saya dapat makan dengan rezeki yang halal," katanya.

Menurut Cef Ammar lagi, berbekal keyakinan bahawa doa binatang tiada hijab dan terus diangkat ke langit, dia pernah meminta seekor kucing untuk mendoakan kepada ALLAH agar diubah nasib menjadi lebih baik.

“Satu hari, satu malam saya minta tolong daripada binatang (kucing), tahu? Saya ada RM5 dalam poket, saya bagi kucing separuh, saya ambil separuh.

“Saya ambil dia, saya bagi dia makan. Saya minta kucing itu doakan untuk rezeki anak saya. Dari saat itulah kehidupan saya terus berubah sampai sekarang, ALLAH beri rezeki,” jelas Cef Ammar.

Cef Ammar mengeluarkan belanja kira-kira RM500,000 untuk kos operasi bazar sepanjang bulan Ramadan. Facebook

Meskipun perniagaannya kini sudah berkembang, Cef Ammar masih menerima kecaman daripada segelintir pihak mengenai harga yang dikenakan buat jualannya.

Cef Ammar berasa terkilan dengan setiap orang yang melabelkan jualannya dengan nama 'harga Yahudi', 'harga Israel' dan 'harga Tel Aviv' ekoran juadah lamb shank yang dijual dikategorikan mahal.

“Mereka tahu saya berasal dari Palestin. Tapi isteri selalu pesan supaya mempedulikan mereka.

"Tapi saya degil juga sebab saya bangga dengan usaha dan kerja kami. Kalau saya boleh jual satu bungkus RM10 saya gembira. Tapi sebab barang-barang yang kami guna memang mahal.

“Saya guna kacang gajus, badam, minyak sapi, beras basmati berkualiti tinggi, safron, biji labu, kismis sultana, tomato, timun Jepun, sambal mengandungi 24 jenis rempah. Jadi sebab itulah kosnya tinggi,” katanya.

110803395_131616451944469_5875435923656710257_n

Sajian nasi Arab hasil air tangan Cef Ammar menggunakan bahan-bahan premium. — Facebook

Dalam pada itu, dia turut berkongsi jumlah kos untuk beroperasi sepanjang bulan Ramadan bagi dua tapak bazar di Lembah Klang.

"Kos operasi untuk berniaga di dua tapak bazar Ramadan menelan belanja RM500,000. Kos itu melibatkan tapak niaga, barang-barang, pengangkutan, gegantung dan cetakan.

Bijak membahagikan tugas, Cef Ammar menyesuaikan jenis tugasan untuk dibuat setiap pekerja mengikut kemahiran masing-masing.

“Saya mempunyai keseluruhan 43 pekerja. Secara purata mereka dibayar antara RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing.

“Kesemua pekerja itu bertugas sepenuhnya untuk perniagaan di bazar Ramadan. Setiap mereka mempunyai tugas khas masing-masing seperti ada yang menjaga nasi, mencuci, kopek dan masak telur. Ada juga yang ditugas masak daging kambing,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram