Budak 2 tahun terperangkap lebih setengah jam dalam kereta lepas tukar lampin di Bukit Bintang


  • 112
  • Selasa, 23 Apr 2024

Anggota APM membantu kanak-kanak berusia dua tahun yang terkunci lebih setengah jam di dalam kereta bapanya. — Facebook/APM

ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia dua tahun yang terperangkap dalam kereta hampir setengah jam di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pegawai Operasi APM Kuala Lumpur, Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi.

"Pasukan kami mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta dan menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Acara lumba kereta bertukar tragedi, 7 maut di Sri Lanka

WhatsApp Image 2024-04-23 at 08.04.01

Kanak-kanak dua tahun bersama ayahnya. — Facebook/APM

BACA LAGI: Wanita warga emas maut, anak cedera parah kemalangan di Papar

Shahrul Kamar berkata, kanak-kanak terbabit diselamatkan sekitar pukul 9.10 malam sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan pasukan perubatan.

Menurutnya lagi, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 malam selepas bapa kanak-kanak itu tertinggal kunci di dalam kereta sebelum pintu kenderaan terbabit terkunci secara automatik.

Berdasarkan maklumat, ketika itu bapa kanak-kanak terbabit dalam keadaan tergesa-gesa memakaikan lampin pakai buang sebelum pintu terkunci secara automatik hingga menyebabkan anaknya terperangkap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram