SEORANG kanak-kanak lelaki mencetuskan kekecohan selepas memijak pedal minyak kereta bilik pameran di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta Utara, Indonesia pada Ahad.
Kejadian yang tular menerusi laman X itu menyaksikan budak berkenaan menekan pedal minyak kereta jenis Chery Omoda E5 sehingga menyebabkan kereta itu merempuh dinding di Mall Of Indonesia.
Video berdurasi 15 saat tersebut memperlihatkan kereta Chery berwarna putih itu bergerak ke depan ketika seorang kanak-kanak yang memakai baju kuning bermain dengan stereng di dalamnya.
Ekoran pelanggaran yang mengakibatkan but kereta mencecah harga RM146,800 itu remuk, ibu bapa kanak-kanak tersebut segera membuka pintu kereta kerana bimbang keselamatan anak mereka.
Seorang kanak-kanak sedang bermain di tempat duduk pemandu kereta di pameran secara tidak sengaja terpijak minyak sehingga kereta itu merempuh dinding di pusat membeli belah. Kejadian di Indonesia. pic.twitter.com/x7Z95tJ00I
— @ (@anthraxxx781) April 23, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tua mabuk rempuh majlis hari jadi, 2 beradik maut
Kejadian ini turut mendapat perhatian pengunjung pusat membeli-belah dengan ramai pengunjung keliru mengapa enjin kereta pameran itu boleh dihidupkan.
Ketua Pesuruhjaya Polis Kelapa Gading, Maulana Makarom berkata, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lepas namun isu tersebut bagaimanapun telah diselesaikan secara baik daripada pihak terlibat.
“Hasil semakan di tempat kejadian dan penjelasan saksi menunjukkan kejadian itu diselesaikan secara baik antara pemilik kenderaan (bilik pameran) dan keluarga kanak-kanak yang merempuh kereta itu di MOI,” katanya pada Selasa.
Memetik laman portal Indonesia, Kompas.com, pegawai polis itu bagaimanapun tidak mengulas apabila ditanya sama ada keluarga kenak-kanak berkenaan perlu membayar ganti rugi atau tidak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram