Warga emas meninggal di Perak, waris tinggal di Pahang masih tak dapat dijejaki


  • Tular
  • Rabu, 17 Apr 2024

Berita pemergian arwah Zull'kefli yang masih belum dapat disampaikan kepada warisnya. — Facebook

WARIS seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia di Hospital Sungai Siput, Perak baru-baru ini sedang dikesan oleh orang awam.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook Asyraf Kassim pada Rabu, dia memohon bantuan orang ramai untuk menyampaikan berita duka itu kepada keluarga terdekat berhubung pemergian Allahyarham Zull'kefli Mustafa.

Berdasarkan maklumat dalam kad pengenalan mangsa yang dikongsikannya, Zull'kefli berasal dari Pahang.

BACA LAGI: Mayat anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu ditemui kakak ketika baru pulang sekolah

BACA LAGI: 'Tak sempat nak buat persiapan raya', famili sedih Abang Din pergi tanpa pesan

Menurutnya, anak-anak mangsa juga gagal dihubungi sehingga kini.

"Nombor telefon yang ada sudah tak digunakan lagi, sampai ke saat ini berita duka masih gagal disampaikan kepada anak-anak arwah.

"Tolong sebarkan lagi-lagi orang Pahang. Katanya anak-anak menetap di Pahang," tulisnya.

Namun, punca dan masa kematian mangsa masih belum dipastikan lagi.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram