6,034 guru kontrak sudah ditempatkan di sekolah seluruh negara


  • Primer
  • Rabu, 17 Apr 2024

Lebih enam ribu guru lantikan kontrak telah ditempatkan di seluruh Malaysia. — Agensi

SERAMAI 6,034 guru lantikan kontrak telah ditempatkan ke seluruh negara, kata Kementerian Pendidikan (KPM) pada Rabu.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM pada Rabu, seramai 6,034 guru yang dilantik secara Lantikan Secara Kontrak (COS) telah ditempatkan di pelbagai sekolah seluruh negara sejak Isnin.

Menurut KPM,pecahan 6,034 penempatan guru itu dilakukan dengan 4,176 diletakkan di sekolah rendah sementara baki 1,858 tenaga pengajar pula ditempatkan dekat sekolah menengah.

Penempatan secara COS ini mengambil kira tiga faktor iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan mata pelajaran semasa atau keperluan opsyen di sekolah.

BACA LAGI: Anwar dijangka mampu dominasi Top 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia

NAC

Lantikan secara kontrak ini dibuat berdasarkan tiga faktor menurut KPM. — Agensi

BACA LAGI: Penggalian air bawah tanah undang risiko, kerajaan Kelantan perlu beri penyelesaian — ABIM

"Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

"KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS, bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah di seluruh negara," kata KPM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram