Anwar dijangka mampu dominasi Top 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia


  • Primer
  • Rabu, 17 Apr 2024

Anwar dilihat mempunyai potensi dan kebolehan yang mampu menjadikannya antara pemimpin Islam yang berpengaruh di dunia. — The Star

BERGELAR seorang pemimpin negara bukan suatu perkara mudah. Pelbagai aspek perlu dijaga dan dipertimbangkan demi kemajuan dan keselamatan negara.

Itulah tugas yang harus digalas oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pentadbiran Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Baru-baru ini, Anwar tersenarai antara 50 pemimpin dan menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaharu The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslim 2024.

Selain Anwar, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah tersenarai antara tokoh Islam paling berpengaruh.

BACA LAGI: Serangan Iran terhadap Israel adalah tindakan sah — PM Anwar

2504606

Selain Mahathir (kanan), Anwar (kiri) juga mampu digelar sebagai pemimpin paling berpengaruh di dunia.

Bagi Anwar, ramai melihat beliau berkemungkinan dapat memecah dominasi untuk tergolong dalam carta Top 10 bagi kategori tokoh Islam berpengaruh bawah kategori ahli politik.

Dengan beberapa jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau dilihat mampu berdiri setanding pemimpin Islam lain terkemuka di dunia.

1. Mempunyai jalinan baik dengan pemimpin luar negara

Memperkukuh jalinan atau hubungan baik dengan negara lain semestinya menjadi tanggungjawab penting bagi seorang pemimpin.

Begitu juga dengan Anwar yang baru-baru ini dipuji ramai kerana mampu membawa pulang ahli keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ke Malaysia.

Pada Isnin, isteri serta tujuh anaknya yang terperangkap di Gaza sejak 7 Oktober 2023 kini disatukan kembali dengan keluarga menerusi bantuan Perdana Menteri itu.

BACA LAGI: NSC tak dapat jalankan projek punca kolam selam tempur Kem Iskandar belum siap sepenuhnya

437956108_10161469944324939_4755486931493171574_n

Nadir (tengah) sudah kembali bersama keluarga kecilnya yang terpisah selama enam bulan di Gaza.

Nadir mendedahkan bahawa pada awalnya dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi yang memintanya datang ke lokasi khas sehari sebelum Aidilfitri.

Misi menyelamatkan keluarganya dari Gaza itu juga dianggap sebagai 'misi gila' kerana ia bukan perkara mudah untuk dilakukan saat berlakunya konflik hebat selain ketegangan yang berlanjutan.

Namun, Anwar secara senyap menghubungi pihak kementerian Mesir untuk membantu Nadir dan keluarganya.

Tanpa sedar, hubungan baik Anwar dengan Mesir sekali gus menjadi asbab kepada kepulangan insan tersayang yang dinanti-nantikan.

2. Berpengaruh kuat

Selain itu, Anwar dilihat mampu menduduki carta 10 terbaik pemimpin di dunia kerana mempunyai pengaruh kuat sehingga boleh berkolaborasi dengan beberapa pengaruh besar di negara maju.

Pada Mac lalu, Anwar membuka mata seluruh rakyat Malaysia selepas mengadakan lawatan sulung beliau ke Jerman untuk membincangkan tentang kemajuan kedua-dua negara.

Lawatannya itu juga bertujuan menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, alam sekitar dan kelestarian selain bertukar pandangan berhubung isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

2489961

Anwar menjalinkan kerjasama baik dengan Jerman untuk kemajuan negara.

Pada masa sama, Anwar juga dilihat berpotensi menarik ramai pelabur luar negara termasuk Jerman dan syarikat perniagaan di seluruh Eropah untuk melabur di Malaysia.

Anwar turut mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman bagi memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Bukan semata lawatan kosong, Anwar juga dilihat mempromosikan kemampuan dan imej baik Malaysia kepada negara lain.

3. Lantang bersuara isu kekejaman Israel

Bukan itu sahaja, Anwar mempunyai kemampuan untuk menjadi antara pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia disebabkan kelantangannya bersuara menentang kekejaman Israel.

Sejak ketegangan yang berlaku di Palestin pada 7 Oktober 2023, Anwar sudah berkali-kali mengecam tindakan Israel yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.

2644538

Anwar tetap dengan pendirian teguh mengecam tindakan kejam Israel.

Sambil menegaskan bahawa Malaysia tetap bersolidariti bersama Palestin, Anwar juga berani mengutuk perbuatan rejim Zionis itu di hadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika Persidangan Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi.

Pendirian kukuh yang disuarakannya itu turut memperlihatkan sisi seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab.

Dalam konflik terbaharu iaitu melibatkan Iran dan Israel, Anwar juga lantang bersuara menyokong serangan Iran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram