TINDAKAN penduduk Kelantan yang menggunakan kaedah penggalian air bawah tanah atau penggalian boring hanya akan mencetuskan isu alam sekitar untuk jangka masa panjang.
Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Syahiran Muhammad dalam satu kenyataan di Facebook menjelaskan pendekatan itu tidak sesuai meskipun ia membekalkan air bersih kepada pengguna.
"Fenomena penggalian boring air dan telaga tiub yang melibatkan separuh rakyat negeri ini tidak seharusnya berlaku.
"Walaupun ia menjamin sumber air kepada rakyat, namun amat bahaya kepada alam sekitar kerana jika aktiviti penggalian boring air dan telaga tiub tidak dikawal, negeri ini akan terkesan dengan fenomena tanah mendap," katanya.
BACA LAGI: Fikir masak-masak', 2 masalah utama pengundi Kelantan perlu ambil kira
ABIM Kelantan meminta supaya penyelesaian segera boleh diberikan. — Facebook/ABIM Negeri Kelantan
BACA LAGI: Kerajaan Kelantan sokong pelarasan tarif air, yakin mampu tingkatkan kualiti perkhidmatan
Sebelum ini, tular di media sosial apabila penduduk terpaksa menggali air bawah tanah untuk mendapatkan air bersih pada musim perayaan.
Tindakan demikian sekali gus membuatkan orang ramai gusar kerana ia akan membawa risiko terhadap alam sekitar seperti mana pernah dialami di Jakarta, Indonesia.
Jelas ABIM lagi, pengumuman Ahli Parlimen Kijang, Datuk Dr. Izani Husin bahawa isu bekalan air di Kelantan akan diselesaikan pada 2027 boleh dianggap terlalu lama.
"Jika aktiviti penggalian telaga tiub dan boring air tidak dikawal, impak negatif dari sudut alam sekitar berkemungkinan akan berlaku dahulu sebelum tarikh penyelesaian bekalan air di negeri ini.
"Kerajaan negeri harus bentangkan pelan penyelesaian air negeri dan seeloknya diselesaikan lebih awal iaitu pada suku tahun pertama 2026," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram