'Jalan gelap, kerap kemalangan', penduduk ternanti-nanti bila kerajaan Sabah nak pasang lampu jalan di Bukit Kelawat


  • Massa
  • Isnin, 15 Apr 2024

Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud, Kota Belud pada Ahad, malam.

SEPASANG suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud, Kota Belud, Sabah pada Ahad, malam.

Mangsa, Khaysar Abdul, 28, dan isteri, Siti Emma Ernani Asmada, 28, yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 7.42 malam.

Menurut beliau, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Revo.

"Terdapat dua mangsa tersepit dalam Proton Wira. Mangsa dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kedah menuju Kelantan?' Penduduk Langkawi resah dah bertahun-tahun hidup hadap 'ayaq teh o'

kb1

Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Revo.

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan Dhaka, warga Bangladesh selamba meniaga sirih tepi jalan siap pasak khemah di 2 lokasi panas di Lembah Klang

Bagaimanapun difahamkan, kemalangan di laluan itu bukanlah kali pertama berlaku.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dengan nama Shamsudih Goldeh, dia berkata, ketiadaan lampu jalan di sekitar jalan Bukit Kelawat meningkatkan risiko kemalangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Justeru individu tersebut menggesa agar pihak berwajib di daerah Kota Belud menambah baik ciri keselamatan jalan terbabit untuk memberi kemudahan bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terkorban.

"Pihak berwajib tolong cari cara agar tahap keselamatan jalan Bukit Kelawat ditambah baik.

"Terutamanya kawasan jalan turun bukit ke Kota Belud, tolong letak lampu jalan di sana," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

WhatsApp Image 2024-04-15 at 13.39.08

Tangkap layar keluhan penduduk berhubung keadaan jalan di Bukit Kelawat. — Facebook/ Shamsudih Goldeh

Sementara itu pengguna lain, Amran Yan turut mengakui, ketiadaan lampu jalan selama bertahun-tahun di kawasan berkenaan sememangnya menyukarkan aktiviti pemanduan.

"Jalan sana gelap dan mata boleh jadi silau jika melihat lampu yang datang dari bertentangan. Jika ada kereta laju atau makan (jalan) pun tidak boleh dilihat dengan jelas.

"Kemalangan sentiasa berlaku, (malah) di sana benteng-benteng parit juga sudah tiada.

"Rakyat sangat menantikannya (lampu jalan) kerana sesiapa yang pernah melalui kawasan itu sahaja tahu betapa gelap jalan itu hingga menyebabkan selalu berlakunya kemalangan," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram