NSC tak dapat jalankan projek punca kolam selam tempur Kem Iskandar belum siap sepenuhnya


  • Primer
  • Selasa, 16 Apr 2024

Projek kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang masih belum siap sepenuhnya. — Facebook Sultan Ibrahim

KELEWATAN projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor adalah berpunca daripada masalah yang timbul melibatkan pihak subkontraktor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor sudah siap sebanyak 98.4 peratus.

Menurutnya, kelewatan itu berpunca daripada sub kontraktor dinamakan atau nominated sub-contractor (NSC) yang diupah tidak dapat menyelesaikan projek tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kedah menuju Kelantan?' Penduduk Langkawi resah dah bertahun-tahun hidup hadap 'ayaq teh o'

Mohamed Khaled ketika memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Mohamed Khaled ketika memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

"Projek itu sebenarnya sudah mencapai kira-kira 90 peratus, cuma ada sedikit sahaja tak lengkap.

“Terdapat masalah melibatkan kerja-kerja pemasangan jubin, maka terpaksa mencari pengganti kerana biasanya kerja-kerja ini dijalankan oleh pihak yang ada kepakaran.

“Proses mencari penggantinya bukan mudah dan mengambil masa kerana perlu melalui proses tender dan sebagainya,” katanya dalam sidang media projek perumahan SASaR di Kuala Lumpur pada Selasa.

BACA LAGI: ‘Saja bagitahu kot lupa’, Ahmad Beto hint alami masalah gaji 7 bulan masa main dengan TRW dan Bujang Senang

Kata Khaled lagi, Kementerian Pertahanan (Mindef) juga mendapat jaminan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengambil perhatian dengan serius terhadap perkara tersebut.

"Walaupun projek Mindef, tetapi projek itu dikendalikan oleh JKR.

"Dan jika ada apa-apa kelewatan, pihak kontraktor itu akan dikenakan tindakan," katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta penjelasan pihak bertanggungjawab terhadap punca kelewatan pembinaan kolam tersebut.

Sultan Ibrahim bertitah, kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 sehingga kini masih belum diselesaikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram