Insiden tembak KLIA: Peguam nasihat jangan keluarkan kenyataan — Farah Cie


  • Massa
  • Ahad, 14 Apr 2024

Suspek dikenal pasti sebagai suami dan rakan kongsi perniagaan mangsa yang menjadi sasaran dalam insiden berkenaan.

ISTERI kepada suspek terlibat dalam kejadian tembakan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang, Selangor pada awal pagi Ahad tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Farah Md Isa atau lebih dikenali sebagai Farah Cie berkata, tindakan itu diambil selepas dia mendapat nasihat daripada peguamnya.

"Suspek dalam buruan, rujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih.

"Saya menerima nasihat dari peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu," ujarnya pada Ahad.

BACA LAGI: Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa

WhatsApp Image 2024-04-14 at 3.12.54 PM

Polis Selangor mengesahkan suspek, Hafizul (gambar kecil) memiliki dua rekod jenayah lampau selain dalam proses penceraian dengan isterinya gara-gara hubungan bermasalah sejak 2016.

Terdahulu, Seorang pengawal peribadi cedera parah selepas dilaporkan ditembak kira-kira pada pukul 1.30 pagi Ahad di KLIA1.

Dalam kejadian tersebut, suspek dipercayai menyasarkan tembakan itu kepada isterinya yang sedang menunggu satu ketibaan rombongan umrah.

Namun, tembakan itu terkena pengawal peribadi wanita berkenaan yang kini dilaporkan kritikal.

BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media di KLIA pada Ahad berkata, polis sedang memburu suspek yang dikenali sebagai Hafizul Harawi, 38.

Hafizul juga dikenal pasti sebagai suami dan rakan kongsi perniagaan mangsa yang menjadi sasaran dalam insiden berkenaan dan kini dipercayai melarikan diri ke utara tanah air.

“Polis mengklasifikasikan suspek sebagai bersenjata dan berbahaya. Sesiapa yang melihat suspek digesa berkongsi maklumat dengan polis dan tidak bertindak sendirian,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram