Data 180 pemain menanti peminat EA FC 24 di Malaysia


  • eSports
  • Rabu, 27 Sep 2023

Majlis pelancaran EA Sports FC 24 anjuran EA Sports dan Gamesbond yang diadakan di Rekascape, Cyberjaya pada Rabu.

PENANTIAN peminat EA Sports akhirnya berakhir apabila siri permainan digital EA Sports FC 24 secara rasmi dilancarkan pada 22 September lalu, yang mana ia akan memberi pengalaman baharu kepada pemainnya.

Pengalaman baharu yang ditampilkan oleh EA Sports FC 24 menampilkan pelbagai penambahbaikan baharu termasuk menggunakan enjin permainan dikenali sebagai 'Hypermotion V' iaitu mengambil data seramai 180 pemain bola sepak profesional.

Pembaharuan dalam permainan digital itu turut dikongsikan oleh Pengarah Urusan Gamesbond Global Sdn Bhd (Gamesbond), Muhammad Fazli Razak ketika majlis pelancaran EA Sports FC 24 anjuran EA Sports dan Gamesbond yang diadakan di Rekascape, Cyberjaya.

"Majlis hari ini (Rabu) kita fokus kepada pengenalan kepada FC 24 dan FC Mobile dalam komuniti di Malaysia kepada pemain profesional, pempengaruh dan pengamal media.

"Perbezaan edisi 24 memberi gambaran lebih realistik di dalam permainan dan memfokuskan kepada realisme iaitu realistik play berbanding bola sepak sebenar.

"Selain itu edisi 24 ini juga memperkenalkan hypermotion V iaitu mengambil data pemain. 180 pemain yang bermain secara atas padang dan data-data itu dikumpulkan untuk menghasilkan FC 24," katanya kepada Majoriti selepas ditemui pada majlis pelancaran itu.

amm

Muhammad Fazli pada majlis pelancaran EA Sports FC 24.

Bercakap mengenai sambutan edisi baharu itu, Muhammad Fazli optimis bahawa ia akan menerima respons yang positif kerana terdapat banyak ciri-ciri menarik untuk peminat sukan permainan video itu.

Pada musim kali ini juga EA Sports memperkenalkan fungsi 'cross-platform' untuk hampir kesemua mode dalam talian yang ada di dalam EA Sports FC 25, selain EA Sports FC Mobile pula menampilkan pembaharuan dari segi corak permainan yang lebih realistik serta fungsi power shot.

"Sambutan saya rasa akan menjadi sesuatu yang positif kerana ia akan memberikan perbezaan ketara kepada mereka yang mahir dan kurang mahir.

"Banyak feature menarik untuk peminat terokai. Kompetitif scene akan mula Oktober dan akan bantu pemain lokal di world championship," jelasnya.

Muhammad Fazli turut menzahirkan perasannya apabila masih mendapat kepercayaan dari EA Sport untuk menjadi entiti utama menawarkan edisi baharu itu kepada komuniti di Malaysia.

"Gamesbond rasa bangga kerana memang kami minat, keduanya dapat membantu komuniti pergi lebih jauh dan bantu kami naikkan brand EA Sport FC di komuniti Malaysia.

"Orang ramai boleh dapatkan di Playstation, peranti konsol atau mana-mana retail kedai menjual peralatan gaming. Beli di Gamesbond. Untuk mobile muat turun di Appstore atau Playstore," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram