[VIDEO] Gara-gara tepuk kepala pengawal tanpa sebab, lelaki ada rekod mental maut kena tembak depan kedai tukar duit


  • Benua
  • Rabu, 03 Apr 2024

Fabian (kanan) secara tiba-tiba menampar kepala seorang pengawal keselamatan yang ketika itu sedang memegang senapang patah dan mengawal bahagian hadapan kedai pertukaran wang.

TINDAKAN seorang pejalan kaki menepuk kepala pengawal keselamatan yang sedang mengawal di hadapan sebuah kedai pertukaran wang membawa padah selepas dia maut ditembak oleh pengawal terbabit.

Kejadian mengejutkan yang berlaku pada 30 September 2021 di bandar Amambay, Paraguay itu turut dirakam oleh kamera keselamatan di lokasi.

Menerusi rakaman tersebut, seorang pejalan kaki berpakaian baju kemeja berwarna cerah dilihat sedang berjalan di hadapan sebuah kaki lima deretan kedai.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya dikenali sebagai Fabian Fernando Franc, 32, bagaimanapun secara tiba-tiba menampar kepala seorang pengawal keselamatan yang ketika itu sedang memegang senapang patah dan mengawal bahagian hadapan kedai pertukaran wang.

Perbuatan berkenaan menyebabkan pengawal keselamatan terbabit lelaki berkenaan dan kembali menyerangnya termasuk memukulnya dengan senapang yang dipegang.

WhatsApp Image 2024-04-03 at 10.51.10 PM

Tangkap layar video memaparkan tindakan Rafael (tengah) menembak ke arah Fabian dengan menggunakan senapang patahnya.

Susulan daripada itu, salah kedua-dua individu terbabit dilihat menyerang antara satu sama lain secara fizikal untuk beberapa ketika.

Salah seorang rakan kerja kepada pengawal berkenaan yang dikenali sebagai Rafael Robles Torres, 53, juga didapati cuba untuk meleraikan ketegangan yang berlaku.

Namun, tidak sampai beberapa saat, Rafael kemudiannya secara tiba-tiba melepaskan tembakan yang mengenai bahagian dada Fabian dan seterusnya menjadi punca kepada kematian lelaki tersebut.

Menurut laporan media tempatan, mangsa sememangnya dikenali sebagai individu bermasalah dan melakukan beberapa jenayah di bandar tersebut.

Pada masa sama, ahli keluarga mangsa turut mendakwa bahawa Fabian ketika itu sedang menjalani rawatan berkaitan dengan masalah psikiatri.

Dalam pada itu, Rafael ketika ditahan di lokasi kejadian berkata, dia melepaskan tembakan tersebut kerana berusaha untuk mempertahankan diri.

Bagaimanapun, dia kemudiannya didakwa atas kesalahan membunuh dengan niat dan dipenjara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram