Khuatir trauma bertahun-tahun, 3 tip tangani jenayah pedofilia


  • Massa
  • Ahad, 31 Mac 2024

Ibu bapa harus memberi kesedaran kepada anak-anak tentang bahaya pedofilia dan cara untuk mengenal pasti situasi yang berpotensi berbahaya. —Gambar Hiasan

PEDOFILIA adalah sejenis penyakit yang merujuk kepada kecelaruan seksual yang menyebabkan seseorang mempunyai tarikan seksual eksklusif terhadap kanak-kanak dan peringkat awal remaja bermula dari usia 13 tahun hingga 15 tahun.

Bercerita mengenai kes pedofilia, masihkah anda ingat tentang kisah Richard Huckle yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia?

Bekas jurugambar itu menjadi perhatian selepas didapati melakukan penderaan seksual terhadap kira-kira 200 kanak-kanak antara tahun 2006 hingga 2014.

Kes tersebut masih lagi menjadi igauan ngeri dalam kalangan ibu bapa yang risau akan keselamatan anak mereka kerana tiada siapa sangka, lelaki tersebut dilaporkan telah mencabul kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.

Lebih 200,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak turut ditemui pasukan penyiasat.

19310623_605

Richard Huckle menjadi perhatian selepas didapati melakukan penderaan seksual terhadap kira-kira 200 kanak-kanak antara tahun 2006 hingga 2014 di Malaysia. — Agensi

Walaupun Huckle menerima 'hukuman' dibunuh rakan penjaranya sendiri di Penjara Full Sutton namun tindakannya itu memberi kesan yang mendalam terhadap jenayah pedofilia.

Ini kerana kebanyakan kes pedofilia tidak dilaporkan kerana mangsa terlalu terkesan dan malu untuk memberitahu ataupun diugut untuk tidak membuat laporan.

Terbaharu, seorang wanita mendakwa dia dan rakannya turut menjadi mangsa seorang guru pedofil ketika menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di Kelantan baru-baru ini.

Lebih mengejutkan lagi, walaupun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu namun tindakan guru itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya sehingga menjadi trauma.

Wanita itu dakwa guru di MRSM Tumpat itu masih mengajar secara bebas walaupun tindakannya pernah dibongkar pelajar beberapa kali sebelum ini. — Twitter Mangsamage 2024-03-30 at 13.22.41

Walaupun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu namun tindakan guru itu meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa sehingga menjadi trauma.

Dia turut mendakwa, guru tersebut masih mengajar secara bebas walaupun tindakannya pernah 'kantoi' dalam kalangan pelajar beberapa kali sebelum ini.

Melihat kepada kes yang terjadi, kesan pedofilia pada mangsa yang mengalaminya pasti memberikan kesan yang berpanjangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah tukar sekolah pun masih diganggu, mangsa dedah sisi hitam cikgu pedofil disiasat Mara

Jika anda berasa diganggu oleh seseorang yang mencurigakan sebagai pedofil, berikut adalah beberapa langkah yang boleh ambil:

1. Laporkan kepada ahli keluarga atau orang anda percaya

Jauhi diri anda dan orang lain dari individu tersebut, terutama jika anda mempunyai kebimbangan pemangsa boleh bertindak di luar batasan.

Pada masa sama, jangan mendiamkan diri laporkan kepada ahli keluarga atau orang anda percaya.

Selain itu, jika ibu bapa mencurigai adanya tindakan pedofilia atau perilaku mencurigakan dari individu tertentu, mereka harus melaporkannya kepada pihak berwajib atau agensi perlindungan kanak-kanak.

2. Dapatkan bantuan yang sepatutnya

images

Mangsa harus segera laporkan perilaku pedofil kepada pihak berkuasa seperti polis. — Gambar hiasan

Segera laporkan perilaku pedofil kepada pihak berkuasa, seperti polis. Mereka mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap pelaku.

Jangan cuba untuk menghadapi pedofil secara langsung atau mencuba menyelesaikan masalah ini sendiri. Ini boleh membahayakan keselamatan anda dan menyebabkan situasi menjadi lebih teruk.

Pada masa, jika anda berasa terganggu atau terkesan secara emosi oleh situasi ini, penting untuk mencari bantuan dari profesional kesihatan mental atau kumpulan sokongan yang berkaitan.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis tembak mati 5 penyamun di Putra Heights

3. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah pedofilia

002716100_1426131106-1842092shutterstock-175158260780x390

Ibu bapa harus peka dan memastikan anak-anak mereka tidak menjadi mangsa pedofil. — Gambar Hiasan

Sebagai ibu bapa, mereka memainkan peranan penting dalam mencegah dan menangani pedofilia.

Mereka perlu mendidik anak-anak mereka tentang keselamatan dan batasan peribadi. Ibu bapa harus memberi kesedaran kepada anak-anak tentang bahaya pedofilia dan cara untuk mengenal pasti situasi yang berpotensi berbahaya.

Pada masa sama, mereka perlu memantau aktiviti anak-anak mereka secara aktif, terutama dalam penggunaan internet dan media sosial. Mereka harus memastikan anak-anak mereka tidak menjadi mangsa pemangsa dalam talian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram