SATU kejadian mengejutkan berlaku di Brazil selepas seorang lelaki membalas dendam dengan cuba membunuh seorang suspek yang dipercayai membunuh ayahnya dalam satu perbicaraan di mahkamah di Sao Jose de Belmonte.
Dalam insiden tersebut, lelaki yang dikenali Alves Terto, 27, melepaskan tembakan sebanyak enam kali terhadap mangsa, Francisco Cleidivaldo Mariano de Moura yang ketika itu sedang dibicarakan.
Menerusi klip berkenaan, Terto pada awalnya dilihat duduk di bahagian tempat duduk belakang di bilik mahkamah berkenaan.
Namun, dia seterusnya berjalan menyusup ke depan melintasi tempat duduk juri di bahagian kanan ruang tersebut sebelum mengeluarkan pistol dari dalam poket seluarnya.
Sebaik tiba di tepi Francisco, dia didapati terus melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Bagaimanapun, pada masa sama, Francisco dipercayai terjatuh ke belakang daripada kerusi yang didudukinya di kandang tertuduh.
Situasi itu dipercayai menyebabkan dia terlepas daripada terkena tembakan dilepaskan Terto.
Menyedari situasi yang berlaku, Francisco dilihat berlari ke arah belakang meja majistret yang terletak di hadapan bilik berkenaan untuk mendapatkan perlindungan.
Pada masa sama, anggota juri dan hakim yang di ruang berkenaan dilihat terus melarikan diri dari tempat duduk masing-masing.
Selepas daripada itu, Terto yang masih tidak berpuas bertindak terus mengejar ke arah yang Francisco yang terbaring ketakutan di belakang meja majistret.
Francisco terbaring di belakang meja majistret di hadapan bilik mahkamah itu sebelum diserang oleh Terto.
Lelaki tersebut turut sempat memukul mangsa menggunakan pistol ke arah kepalanya beberapa kali sebelum segera melarikan diri.
Rakaman insiden serangan yang berlaku pada November tahun lalu itu hanya dikeluarkan kepada umum pada hari Selasa.
Terto ditahan sehari selepas kejadian itu bersama pistol revolver 38 kaliber yang digunakan ketika kejadian..
Dia kemudian dipenjara dan turut direman pada 30 November 2023.
Susulan kejadian itu, Francisco dikejarkan ke hospital tempatan sebelum dipindahkan ke pusat perubatan lebih besar di Serra Talhada untuk rawatan kecederaannya.
Ajaibnya, mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan parah dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Bapa Terto, Francisco Alves terbunuh lebih 10 tahun lalu pada 5 Oktober 2012.
Insiden itu berlaku selepas Moura merayau di kawasan rumah Francisco dan mendakwa dia sedang mencari keldai yang dipercayai sesat.
Francisco kemudiannya menyuruh Alves keluar dari kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, ketegangan berlaku antara kedua-dua lelaki tersebut sebelum Alves ditembak di bahagian perut.
Bapa Terto meninggal dunia 18 hari kemudian ketika menerima rawatan di hospital.
Pada waktu ini, Francisco dilaporkan masih bebas walaupun dia mengaku melepaskan tembakan yang membunuh Alves ketika perbicaraan.
Tidak dapat dipastikan punca mengapa lelaki tersebut masih tidak menerima sebarang hukuman selepas 12 tahun kejadian tersebut berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram