KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengarahkan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap individu melakukan pembuangan sampah di merata-rata tempat.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya menekankan pendekatan sifar toleransi terhadap kesalahan tersebut dan menegaskan tiada diskaun akan diberikan kepada sebarang denda yang dikeluarkan.
“Saya telah mengarahkan semua 155 Majlis Tempatan untuk mengenakan denda ke atas individu yang ditangkap membuang sampah di kawasan awam, tanpa pengecualian diskaun.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk menjaga kebersihan awam. Tiada siapa yang lebih kebal daripada undang-undang," katanya kepada media pada Sabtu.
BACA LAGI: 'Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
BACA LAGI: Umno Selangor perlukan pemimpin seperti KJ untuk 'comeback'
Kor Ming sebelum itu mengecam tingkah laku tidak bertanggungjawab mereka yang membuang sampah sewenang-wenangnya terutama di tepi jalan dan menunjukkan sikap tidak peka terhadap pekerja pembersihan.
"Walaupun di abad ke-21 ini, masih ada orang yang membuang sampah merata-rata termasuk di sepanjang jalan tanpa menunjukkan belas kasihan kepada pekerja kita. Sampai bila nak teruskan tabiat buruk ini?" ujarnya. — The Star/KHOO GEK SAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram