Enam MP, 1 Adun Bersatu isytihar sokong PM Anwar bakal terima surat lucut keahlian


  • Politik
  • Rabu, 03 Apr 2024

Razali berkata, pindaan terbabit bukan sahaja menjejaskan keenam-enam ahli Parlimen terbabit tetapi juga Adun Selat Klang.

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal mengeluarkan surat penarikan balik keahlian enam ahli Parlimennya yang bertindak mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri pada tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris.

“Parti akan memaklumkan (status) mereka mengikut prosedur.

“Apa yang penting mereka harus faham bahawa hak kerusi (parlimen) mereka adalah milik parti.

“Mereka menang berdasarkan sokongan pengundi dan bukannya merit mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan waktu surat itu akan dikeluarkan.

Pada Selasa, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dilapor meluluskan pindaan terhadap perlembagaan Bersatu yang membolehkan ia membatalkan keahlian ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang membuat pendirian bertentangan dengan parti.

The Star turut melihat surat pemberitahuan kelulusan itu yang dibuat melalui surat dialamatkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar

President Of BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin BERSATU AGM at the Ideal Convention Centre (IDCC) in Shah ALAM. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Pada 11 Mac, Hamzah dan Muhyiddin mengemukakan permohonan untuk kelulusan RoS bagi meminda perlembagaannya.

BACA LAGI: Hasrat beraya di Sabah tak kesampaian, suami isteri maut kemalangan di Seremban tinggalkan bayi usia 8 bulan

Pindaan itu berkuat kuasa pada Isnin lalu (1 April 2024).

Pada 11 Mac, Hamzah dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan untuk kelulusan RoS bagi meminda perlembagaannya.

Menerusi perhimpunan agung khas Bersatu pada 2 Mac, ia bersetuju untuk meminda perlembagaannya untuk secara automatik membatalkan keahlian ahli Parlimen dan Adun yang menyokong parti lain.

Tindakan itu dibuat selepas enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.

Ia terdiri daripada Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Dalam pada itu, Adun Selat Klang daripada Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari turut menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Razali berkata, pindaan terbabit bukan sahaja menjejaskan keenam-enam ahli Parlimen terbabit tetapi juga Adun Selat Klang.

“Kelulusan oleh RoS adalah berkaitan kehilangan keahlian parti dan ‘enam tambah satu’ (Ahli Parlimen dan Adun terbabit) perlu mengosongkan kerusi mereka serta-merta supaya pilihan raya kecil dapat diadakan.

"Mereka tidak sepatutnya berdolak-dalih," katanya.

Razali berkata lagi, mandat perlu dikembalikan kepada pengundi di kawasan masing-masing. — The Star/MARTIN CARVALHO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram