'Menang sebab rakyat, bukan Bersatu', 2 MP sedia ambil segala langkah perlu jika diminta kosongkan kerusi


  • Politik
  • Rabu, 13 Mac 2024

Suhaili (kiri) dan Syed Abu Hussin merupakan dua ahli Parlimen yang bertindak mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

DUA daripada enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri menyatakan kesediaan mereka mengambil segala tindakan perlu sekiranya diminta mengosongkan kerusi mereka.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, mereka dan ahli Parlimen Bersatu lain yang terlibat akan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya perlu.

Malah, mereka juga menegaskan tidak akan mengubah pendirian dalam menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tujuan saya sangat jelas. Saya perlukan peruntukan MP untuk membantu pengundi saya. Saya menang kerana rakyat, bukan kerana Presiden (Bersatu), Majlis Tertinggi atau Setiausaha Agung.

"Rakyat mengundi saya dan mereka adalah keutamaan saya,” kata Suhaili ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, peruntukan yang diterima banyak membantunya, termasuk dalam memberikan bantuan segera kepada penduduk yang mengalami kemusnahan rumah akibat kebakaran.

Dalam pada itu, Suhaili menggesa pemimpin Bersatu mengetepikan ego mereka dan membincangkan perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan, seperti dilakukan ketika Pakatan Harapan menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan pada 2021.

BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan

1478879 (1)

Bersatu meminda perlembagaannya pada 2 Mac lalu untuk membatalkan keahlian mana-mana wakil rakyatnya yang beralih taat setia kepada parti lawan secara automatik.

Pada 13 September 2021, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Pembangkang memeterai MoU mewujudkan kerjasama dua parti, meliputi bidang pengukuhan rancangan menangani Covid-19, transformasi pentadbiran, reformasi parlimen, memastikan kebebasan kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

"Sekarang Ramadan dan tidak lama lagi Hari Raya untuk wakil rakyat berdepan dengan rakyat yang mengundi mereka.

"Adakah kita akan memberi mereka cerita yang sama (tiada peruntukan)? Orang sudah bosan mendengar alasan seperti ini,” kata Suhaili.

Turut menyatakan pendirian sama ialah Syed Abu Hussin Hafiz yang menegaskan beliau tidak akan berganjak dengan pendirian dibuat.

“Bagaimanapun, saya tidak akan mengubah pendirian saya,” katanya, sambil menambah dia berikrar menyokong Perdana Menteri kerana yakin Anwar boleh melakukan sesuatu untuk mengubah Malaysia.

Beliau berkata, pindaan yang diluluskan Bersatu baru-baru ini tidak dapat menghalang lebih ramai ahli Parlimen Perikatan Nasional daripada menyokong Perdana Menteri.

Katanya, sokongan itu langkah menyatakan sokongan itu didakwa boleh berlaku bukan sahaja di peringkat Parlimen tetapi juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain Suhaili dan Syed Abu Hussin, empat lagi Ahli Parlimen Bersatu yang turut melakukan tindakan sama ialah Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Dr Zulkaperi Hanapi (Tanjong Karang).

Pada 6 Mac lalu, ADUN Selat Klang daripada Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Menter Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang merupakan Naib Presiden PKR.

Bersatu sebelum itu pada 2 Mac lalu meminda perlembagaannya untuk membatalkan keahlian mana-mana wakil rakyatnya yang beralih taat setia kepada parti lawan secara automatik.

BACA LAGI: [VIDEO] Payung terjun 'tak kembang', anggota Paskau berdepan detik cemas ketika di udara Kuantan

BERSATU Annual General Meeting 	at the Ideal Convention Centre (IDCC) in Shah Alam. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Bersatu bakal mengadakan pemilihan parti pada akhir tahun ini.

Sementara itu, media melaporkan bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman percaya lebih ramai pemimpin dan ahli perintis parti itu di semua peringkat akan menyertai PKR.

Muhammad Faiz, yang mengesahkan kemasukannya ke dalam PKR pada Isnin berkata, perkembangan itu mungkin lebih ketara ketika Bersatu mengadakan pemilihan yang dijangka berlangsung akhir tahun ini.

“Saya boleh katakan di sini bahawa sokongan yang diisytiharkan untuk kepimpinan Menteri Besar Selangor oleh Abdul Rashid adalah petanda awal peralihan sokongan ini.

“Memandangkan pemilihan parti semakin hampir, saya yakin individu yang telah memberi sumbangan besar kepada parti akan mendapati diri mereka terpinggir akibat gerakan puak ‘kartel’, akhirnya membawa kepada gelombang besar perbezaan pendapat di semua peringkat terhadap Bersatu,” katanya. — The Star/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram