LEMBAGA Tabung Haji (TH) pada Selasa mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 3.10 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus.
Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata, agihan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasu
TH pada Selasa mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 3.10 peratus.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahu fungsi lori oren, netizen 'sekolahkan' akak drebar pasal Shadow Vehicle
Menurutnya, agihan keuntungan TH 2023 mematuhi Akta Tabung Haji 1995 iaitu dengan melaksanakannya setelah penyata kewangan TH tahun lepas selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan mengambil kira rosot nilai.
"Terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah United Kingdom (UK)," katanya pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram