Malaysia bebas anthrax, DSV tetap waspada risiko ternakan import terutama dari Thailand


  • Primer
  • Selasa, 02 Apr 2024

Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan sehingga kini tiada sebarang laporan berkenaan penyakit anthrax di negara ini. — Agensi

MALAYSIA bebas daripada penyakit anthrax semenjak kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada tahun 1976.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga kini, tiada sebarang laporan berkenaan penyakit anthrax di negara ini.

"Melalui perbincangan ASEAN EOC Network VC: Anthrax Outbreak in Lao PDR yang diselaraskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2 April 2024, pihak berkuasa Lao PDR mengesahkan bahawa tiada kes disahkan positif anthrax melalui ujian makmal pada manusia mahupun haiwan.

"Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, DVS sedang dan akan terus menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan demi memastikan negara sentiasa bebas daripada anthrax.

"DVS juga telah memaklumkan pihak berkuasa veterinar Thailand terhadap kebimbangan Malaysia ke atas wabak anthrax dan meminta agar pemeriksaan penyakit anthrax dikenakan ke atas semua ternakan Thailand ke Malaysia," katanya pada Selasa.

BACA LAGI: Bukan lagi 90km/j, had laju Jalan Persekutuan dikurangkan 80km/j sempena Aidilfitri

2160188

Pihak berkuasa Lao PDR mengesahkan bahawa tiada kes disahkan positif anthrax melalui ujian makmal pada manusia mahupun haiwan di negara. — Gambar Hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Persiapan raya tergendala gara-gara gula aising 'expired', peguam beri nasihat cara buat tuntutan

Pada masa sama, aktiviti pemantauan klinikal akan diteruskan ke atas ternakan ruminan di negara ini melalui Program Survelan Kebangsaan untuk mengesan penyakit anthrax seawal yang mungkin selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan DVS terhadap penyakit anthrax di semua peringkat.

"Satu garis panduan pemeriksaan penyakit anthrax kepada pegawai MAQIS juga akan disediakan di pintu-pintu masuk negara untuk memastikan penguatkuasaan teknikal dapat dijalankan dengan lebih efisien dan efektif khususnya ke atas ternakan import dari Thailand.

"DVS juga menyediakan risalah penyakit anthrax untuk edaran umum sebagai panduan mencegah daripada dijangkiti anthrax," katanya

DVS turut menasihati para penternak untuk meningkatkan tahap biosekuriti ladang terutamanya menjelang musim perayaan yang akan datang.

"Setiap ternakan baharu yang dibawa masuk ke ladang, perlu dipastikan tahap kesihatannya melalui pemeriksaan Pegawai Veterinar bertauliah dan permit pergerakan ternakan yang sah," katanya.

Tegas DVS lagi, penternak perlu sentiasa mengambil perhatian terhadap perkembangan semasa kejadian penyakit haiwan dan melaporkan segera kepada DVS Negeri berhampiran atau hotline 03-8870 2041 sekiranya mengesan sebarang tanda klinikal pada haiwan ternakan masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram