YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan usaha memerangi rasuah yang merupakan musuh nombor satu negara akan menjadi tumpuan utama dalam pemerintahan baginda.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Isnin.
BACA LAGI: 'Kafir bukan istilah tunggal digunakan terhadap bukan Islam dalam al-Quran'
BACA LAGI: Bukan takat mahu 'survive' raya, pesawah terpaksa tanggung hutang berganda akibat cuaca panas
“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda sambil menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’ sejak dilantik mengetuai pentadbiran negara pada 31 Januari lalu.
Sesi menghadap yang berlangsung selama hampir 30 minit adalah bertujuan bagi mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram