Saya bukan patung nak dipaksa ikut kehendak menteri — Agong


  • Primer
  • Selasa, 19 Mac 2024

Sultan Ibrahim bertitah agar tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan baginda diamanahkan Raja-Raja Melayu untuk memikul tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negara.

"Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

"Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh 'bulan madu' ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar," titah baginda.

BACA LAGI: Sultan Johor dipilih jadi Yang di-Pertuan Agong ke-17

2561993

Sultan Ibrahim yang menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

BACA LAGI: Pemangku Sultan Johor titah pihak berkuasa ambil tindakan isu stoking kalimah ALLAH

Sultan Johor itu bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Titah baginda lagi, pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

"Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan," titah baginda.

Berangkat sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun yang berkuat kuasa sejak 31 Januari 2024.

Sultan Ibrahim juga menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari lepas. — The Star/ ZAKIAH KOYA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram