PERBUATAN seorang lelaki yang berang ditegur ekoran didakwa merokok di sebuah kedai makan pada Khamis mengundang kecaman warga maya.
Perbuatannya itu turut dirakam oleh seorang individu, Ezman Shariff dan dimuat naik di laman X (Twitter) miliknya pada hari yang sama.
Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah premis kedai makan di Selangor tetapi tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Ezman turut meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan lelaki berkenaan.
"Apa sudah jadi pada kita? Merokok adalah dilarang di kawasan premis makanan namun tiada siapa yang peduli.
"Apabila orang lain bersuara kerana kanak-kanak berumur empat tahun berada di kawasan berhampiran, mereka akan diancam," ciapnya.
Melalui video berdurasi kelihatan 16 saat yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan menunjukkan isyarat lucah selepas ditegur.
Tindakannya yang terus merokok dan memperlekehkan Ezman turut mengundang kemarahan orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kecoh berebut beli baju raya, rupanya gerai peniaga bazar Jalan TAR kena sita
What have we become! Smoking is prohibited in eating areas and yet no one cares.. When others speak up because a 4y old is in the vicinity, they get threatened.. @DrDzul @Khairykj @DrZalihaMustafa.. truly end of Generation End-Game.. maybe just an end of a generation as a whole! pic.twitter.com/C4TdUaNStW
— Ezman Shariff (@ezmanshariff) March 28, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Anak bekas pegawai polis disyaki pecah masuk dobi di Sungai Petani
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan tegas terhadap perokok tegar yang merokok di kawasan larangan.
Menurut Firdaus, kebanyakkan perokok semakin berani melanggar peraturan merokok di kedai makan dan restoran kerana tindakan penguatkuasaan yang rendah dan lemah.
"KKM tidak konsisten, mula-mula sahaja tegas dan kemudiannya senyap," tulisnya.
Ikhwan Ambil Gambar turut berharap agar KKM mengambil tindakan tegas terhadap perokok-perokok tegar.
"Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan KKM, tolong jangan tunduk kepada 'tobacco taiko'.
"Kuatkan semula penguatkuasaan larangan merokok. Ini buat macam bermusim sahaja," tulisnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain KKM melaui satu ciapan pada Jumaat mengambil maklum tentang insiden tersebut.
"Sektor Inspektorat dan Perundangan (SIP) mengambil maklum berkenaan aduan ini. Untuk makluman, kes ini telah dipanjangkan ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor untuk siasatan lanjut.
"Terima kasih atas kerjasama membawa perkara ini kepada pengetahuan kami," tulis pentadbir laman X berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram