Hajat balik raya tak kesampaian, 2 pelajar Malaysia maut nahas di New Zealand


  • Primer
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Dua pelajar Malaysia dilaporkan terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand pada Sabtu.

DUA pelajar Malaysia dilaporkan terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand pada Sabtu.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi satu kenyataan pada hari sama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang waktu tempatan itu, tiga lagi pelajar warganegara Malaysia dihantar ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

"KLN melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand ingin mengesahkan insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan lima pelajar warganegara Malaysia di Lake Tekapo pada Sabtu, pukul 1.45 petang waktu tempatan.

"Dua orang daripada mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga lagi diterbangkan ke Hospital Christchurch," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

WhatsApp Image 2024-03-30 at 14.48.16

Media melaporkan kemalangan melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di State Highway 8 berhampiran Tasik Pukaki. — Agensi

BACA LAGI: Ada yang 'tak termakan' kisah sedih Datuk Red, polis siasat dakwaan scam jual beli tanah

Kenyataan sama memaklumkan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

Jelasnya, kementerian juga sedia membantu sekiranya waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

"KLN juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini," katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan kemalangan melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di State Highway 8 berhampiran Tasik Pukaki.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dikongsikan ibu saudara salah seorang mangsa di Facebook, anak buahnya sepatutnya pulang meraikan Aidilfitri pada tahun ini.

"Salah seorang mangsa (ialah) anak buah baru setahun kat sana. Hajat nak balik beraya tidak kesampaian.

"Al-Fatihah buat Megat Ashman Atif Noor Aishah," tulis Norhayati Norhayati menerusi ruangan komen di Facebook.

Untuk rekod, pelajar yang meninggal dunia dalam nahas terbabit ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa yang kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.

Sementara tiga lagi yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton juga penuntut daripada universiti sama sementara Muhamad Faris Mohd Fairusham daripada Victoria University Wellington. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram