[VIDEO] 'Menggigil kami anak beranak', microsleep mungkin punca nahas 2 kenderaan bertembung di Kota Tinggi


  • Tular
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan nahas membabitkan kereta Toyota Rush dengan sebuah lori di Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor Bahru, Johor pada Khamis.

DUA beradik dipercayai mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.18 petang itu dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan, sebelum dikongsikan di Facebook Deeja Wahab pada Jumaat.

"Kejadian berlaku depan mata petang tadi (Khamis). Menggigil kami anak-beranak. Semoga video ini dapat membantu siasatan," tulisnya dalam satu hantaran.

Berdasarkan klip berdurasi 25 saat itu, pemandu kenderaan jenis Toyota Rush yang dinaiki dua beradik itu dipercayai mengalami microsleep hingga menyebabkan keretanya terbabas sebelum bertembung sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Microsleep' disyaki punca pemandu Ativa hilang nyawa di R&R Senawang

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta Toyota Rush itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik di tepi jalan.

"Pemandu dan penumpang (adik beradik lelaki dan perempuan) mengalami luka-luka di badan dan patah kaki kanan.

"Mereka mendapat rawatan awal oleh pasukan perubatan bomba sebelum dibawa ke Hospital Kulai," katanya.

1

Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta Toyota Rush itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik di tepi jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, kereta Toyota Rush dipandu seorang wanita tempatan yang juga pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berusia 19 tahun bersama penumpang lelaki berusia 20 tahun.

Sementara lori dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun bersama kelindan berusia 28 tahun.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Rush mengalami kecederaan parah di pinggul dan dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Penumpang kereta pula mengalami cedera ringan di bibir dan tangan kiri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kes masih dalam siasatan polis dan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram