Warga emas sempat telefon anak sebelum sesat, meninggal dunia ketika daki bukit di Shah Alam bersendirian


  • 112
  • Khamis, 28 Mac 2024

Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia selepas sesat ketika mendaki bukit di Shah Alam pada Rabu. — IPD/ Shah Alam

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia selepas dilaporkan sesat ketika mendaki di bukit berhampiran Persiaran Shorea, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa berusia 64 tahun itu dilaporkan mendaki bukit tersebut bersendirian pada pukul 9.30 pagi Selasa.

"Lelaki berkenaan sempat menghubungi anaknya pada pukul 3.43 petang hari sama setelah gagal menemui jalan pulang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Iqbal berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian sebelum memulakan gerakan mencari dan menyelamat, namun gagal mengesan mangsa sehingga pukul 7.50 petang Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya memang rancang nak makan otaknya,' lelaki dengar bisikan suruh tetak, hisap darah ahli keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Jelasnya, mangsa yang ditemui orang awam didapati telah meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Saipol Paizi di talian 012-5781435," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram