[VIDEO] Kamera badan polis rakam suami psiko tembak isteri merangkak selamatkan diri depan pintu rumah


  • Benua
  • Khamis, 28 Mac 2024

Tangkap layar seorang wanita berdepan dengan detik menakutkan selepas suaminya menikam dan cuba membunuhnya di East Eleventh Street di California bulan lalu. — Agensi

SEORANG wanita berdepan dengan detik menakutkan selepas suaminya bertindak menikam dan cuba membunuhnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Februari lalu di East Eleventh Street dekat Stockton, California di Amerika Syarikat (AS), perempuan berkenaan bernasib baik apabila sekumpulan polis sampai tepat pada masanya.

Memetik laporan media antarabangsa, pihak berkuasa tempatan menerima panggilan daripada anak pasangan terbabit.

Melalui laporan yang diterima, anak pasangan tersebut membuat panggilan kepada polis dan memberitahu pihak berkuasa cuba menikam ibunya.

Insiden mencemaskan itu berjaya dirakam kamera badan anggota polis bertugas sebelum dikeluarkan Jabatan Polis Stockton.

Melalui video yang dikongsikan kelihatan seorang anggota polis berada di depan pintu rumah pasangan berkenaan.

BACA LAGI : [VIDEO] Tular bakar mercun tak pakai helmet atas jalan, lelaki miliki 7 rekod lampau kena tahan polis

BACA LAGI : [VIDEO] Polis digesa siasat lelaki mamak junjung al-Quran bela diri lepas dakwa orang Melayu pemalas

Turut kelihatan seorang wanita berlumuran darah di ruang tamu rumah tersebut cuba berlari keluar sebelum dia diserang oleh suspek.

Malah suspek yang bertindak ganas bersenjatakan pisau tidak mengendahkan arahan polis dan terus menyerang isterinya.

Susulan daripada itu, salah seorang pegawai terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah suspek sebelum menyelamatkan mangsa yang tercedera.

Difahamkan, lima kanak-kanak yang berada dalam rumah tersebut tidak mengalami sebarang kenyataan tetapi berada dalam ketakutan.

Wanita berkenaan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Menurut polis tempatan, mangsa ditikam di beberapa bahagian badan namun tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, suspek berusia 37 tahun juga dihantar ke hospital yang sama dalam pengawasan polis bagi mendapatkan rawatan susulan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram