[VIDEO] Lelaki miliki 2 wajah pernah menggemparkan dunia


  • Benua
  • Selasa, 26 Mac 2024

Tzu Ping yang berasal dari China dilahirkan dengan dua wajah. — Agensi

PELIK tapi benar, itulah yang berlaku ke atas seorang lelaki berasal dari China yang dikenali sebagai Chang Tzu Ping sekitar 1980-an.

Perjalanan hidupnya mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran dirinya mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa iaitu memiliki dua wajah.

Tzu Ping dilahirkan dengan dua wajah, yang mana muka 'keduanya' terdiri daripada mulut, lidah, beberapa batang gigi, kulit kepala, dan struktur wajah yang lain.

Keadaan tersebut menyebabkan tekak dan bibirnya sukar bergerak secara bebas, namun mulut lelaki itu boleh bertindak balas serentak apabila Tzu Ping membuka mulutnya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya memang rancang nak makan otaknya,' lelaki dengar bisikan suruh tetak, hisap darah ahli keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Untuk rekod, Tzu Ping sebenarnya menghidap penyakit diprosopus atau duplikasi kraniofasial.

Ia adalah keadaan sesetengah atau seluruh wajah bagaikan ada pendua di kepalanya.

Pada ketika usianya mencecah 40-an, Tzu Ping dibawa ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani pembedahan membuang muka 'keduanya'.

Keseluruhan proses tersebut berjaya didokumentasikan dan ditayangkan menerusi satu program televisyen pada tahun 80-an.

Dokumentari luar biasa berkenaan menayangkan prosedur operasi pembedahan yang dilakukan ke atas Tzu Ping.

Operasi itu berjaya dan lelaki itu kemudian pulang ke kampung halamannnya untuk menjalani rutin harian tanpa wajah keduanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram