‘Tengah hari dah perit pedih nak mati’, ketahui 5 langkah mudah cegah gastrik ketika puasa


  • Sihat
  • Khamis, 28 Mac 2024

Sesetengah orang mungkin mengalami gastrik yang teruk sehingga menyukarkan mereka untuk menjalani ibadah berpuasa.

SEGELINTIR masyarakat mengalami masalah kesihatan tertentu sehingga situasi tersebut menjadikan ibadah berpuasa sangat mencabar.

Buktinya, menerusi media sosial, seorang pengguna @ninazrni meluahkan rasa sukar untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan memandangkan dia menghidapi penyakit gastrik.

"Setiap tahun waktu bulan puasa memang kena pergi klinik sebab gastrik yang sangat teruk.

"Puncanya saya malas sahur jadi tengah hari sahaja perut pedih nak mati. Jadi tahun ini dah bersahur rasa okay," tulisnya.

Sebenarnya, masalah gastrik yang dialami sesetengah individu dapat dibendung jika langkah pencegahan awal diambil

Banyak langkah pencegahan bagi mengelak masalah gastrik berulang yang dapat dibuat seperti:

1. Sentiasa bersahur

Gastrik ketika berpuasa umumnya boleh dicegah jika seseorang selalu mengusahakan untuk bangun bersahur pada setiap hari.

Mungkin segelintir orang berasa sukar untuk bangun bersahur akibat lewat tidur malam dan sebagainya.

BACA LAGI: Siap dapat pahala didik anak puasa separuh hari, penjelasan ulama beri pencerahan kenyataan penceramah Indonesia

WhatsApp Image 2024-03-27 at 20.50.59

Serangan gastrik boleh membuatkan seseorang berbuka puasa. Agensi

Namun, jika membiasakan hal itu, risiko gastrik semasa puasa akan meningkat.

Ini kerana, gastrik anda boleh berulang sewaktu berpuasa terutamanya ketika siang hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

Dalam pada itu, cuba elakkan pengambilan makanan yang berisiko untuk meningkatkan kebarangkalian serangan gastrik anda berulang.

2. Berbuka tepat pada waktunya

Seseorang perlulah mengelak daripada melengah-lengahkan waktu berbuka puasa.

Berbuka puasa tepat pada waktunya sangat penting untuk mencegah gastrik dari berulang.

BACA LAGI: Tak batal puasa jika hidu terapi, situasi berbeza jika hisap vape atau rokok

441991-12_09_339417

Berbuka tepat pada waktunya boleh mengurangkan risiko serangan gastrik. Agensi

Jika anda sebelum ini kebiasaannya mengambil pemakanan sebanyak tiga kali sehari, anda boleh mengubahnya menjadi empat atau lima kali hidangan dengan mengambil jumlah hidangan yang sedikit demi sedikit agar tidak berasa terlalu kekenyangan.

3. Pengambilan makanan kaya serat semasa sahur

Makanan yang kaya dengan serat penting diambil ketika bersahur bagi membantu rasa kenyang lebih lama kepada seseorang.

Pengambilan serat juga penting kerana ia akan menjaga bahagian penting dalam sistem pencernaan dan penghadaman manusia.

Antara makanan yang kaya dengan serat yang tinggi adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras, gandum dan kekacang.

Ini kerana, jika perut pesakit gastrik kosong, asid di dalam perut boleh merengsa dinding perut dan mengakibatkan rasa perih.

Hal ini boleh meningkatkan risiko gastrik berulang sewaktu berpuasa.

4. Elakkan makanan pencetus gastrik

Pada waktu sahur dan berbuka puasa, anda harus mengelakkan makanan yang boleh membuat gastrik ketika puasa berulang.

Umum mengetahui lapisan perut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan sistem pencernaan.

Seseorang perlulah mengelakkan makanan berlemak kerana makanan yang mengandungi banyak lemak boleh meningkatkan keradangan pada selaput perut.

5. Minum air kosong secukupnya

Air putih yang bebas kalori dan gula merupakan pilihan yang paling sihat untuk memastikan badan mempunyai cecair yang cukup ketika berpuasa.

Air putih juga mampu mengatasi rasa haus ketika berpuasa jika anda mengetahui aturan minum air putih yang betul sewaktu berbuka puasa dan semasa berpuasa.

Dapat mengekalkan kadar cecair badan, seseorang yang banyak minum air putih tidak akan mengalami gangguan pada fungsi pencernaan.

Ini memudahkan tubuh badan seseorang untuk menyerap makanan, peredaran, buah pinggang, dan penting dalam mengekalkan suhu badan yang normal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram