Lakukan pembedahan bariatrik demi kesihatan, jom ketahui siapa 5 artis tempatan yang buat


  • Hiburan
  • Sabtu, 17 Dis 2022

Pembedahan bariatrik dilakukan bertujuan untuk membantu pesakit menjalani kehidupan lebih sihat.

PEMBEDAHAN bariatrik merupakan salah satu pembedahan yang dilakukan bertujuan untuk menurunkan berat badan.

Berdasarkan Hello Doktor, apa pun pembedahan yang dilakukan, semuanya mengandungi prinsip yang sama iaitu mengurangkan kapasiti perut dan mengurangkan serapan makanan oleh usus.

Disebabkan kawalan pemakanan dan senaman semata-mata tidak mampu menurunkan berat badan, pembedahan ini membantu untuk mencapai tujuan tersebut berasaskan prinsip yang dinyatakan.

Pembedahan ini bukanlah tergolong dalam kategori kosmetik, sebaliknya bertujuan untuk kemajuan kesihatan setelah gagal melakukan perubahan gaya hidup.

Dianggarkan kos untuk melakukan pembedahan tersebut mampu mencecah RM30,000 dan ke atas.

Ramai individu memilih melakukan pembedahan bariatrik termasuk golongan selebriti.

Berikut Majoriti senarai lima artis tempatan yang melakukan pembedahan bariatrik:

Rahim Raja Lawak

majoriti2022 (6)

Masalah obesiti, gastrik dan gangguan tidur antara punca yang mendorong Rahim untuk melakukan pembedahan bariatrik sekitar 2018.

Pelawak dan penyampai radio itu turut menafikan tujuannya melakukan pembedahan kerana ingin mencapai jalan pintas agar dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

Hasil daripada pembedahan itu, saiz perut Rahim atau Rahim Mat Ali dapat dikecilkan sebanyak 70 peratus daripada saiz asal.

Ziana Zain

majoriti2022 (8)

Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi yang popular dengan gelaran ‘kening terangkat’, Ziana Zain.

Pemilik nama Siti Roziana Zain itu melakukan pembedahan bariatrik sekitar April 2022 lalu.

Difahamkan, keadaan Ziana yang sering mengalami pedih ulu hati dan gastrik dipercayaiki berpunca daripada saluran ulu hati yang sudah langgar.

Ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui kehidupannya menjadi lebih baik sekali gus membendung daripada masalah kesihatan seperti gastrik dan kolestrol.

Cef Zam

majoriti2022 (5)

Selebriti cef, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Cef Zam melakukan pembedahan bariatrik sekitar 2007.

Selain daripada menurukan berat badan, tindakan tersebut turut mampu memberi kebaikan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

Perkara itu terutama apabila dirinya tidak perlu terlalu bergantung kepada pengambilan ubat darah tinggi dan kolestrol.

Datuk Ziela Jalil

majoriti2022 (4)

Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil turut menjadi antara artis tempatan yang melakukan pembedahan tersebut pada Mei 2022.

Menariknya, Ziela menggunakan khidmat doktor yang sama dengan dua penyanyai popular tanah air iaitu Datuk Aishah dan Ziana Zain iaitu Dr Mustafa Mohammad Taher dari sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Ziela melakukan perkara tersebut disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya seperti kadar kolestrol tinggi dan sindrom metabolik.

Datin Alyah

majoriti2022 (7)

Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa, Datin Alyah melakukan pembedahan bariatrik sekitar Mac 2022.

Alyah yang turut menggunakan khidmat kepakaran Dr Mustafa Mohammad Taher mengatakan tindakan itu perlu diambil bagi merawat masalah gatrik serius termasuk penambahan berat sekitar 18 kilogram.

Selain dapat menghindari daripada masalah gastrik, pembedahan itu turut membantunya mengurangkan risiko penyakit kronik seperi kencing manis, darah tinggi serta kolestrol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram