Terlalu banyak tanggungjawab antara punca kemurungan, ketahui solusi stres di tempat kerja


  • Sihat
  • Khamis, 24 Nov 2022

Pakar menasihatkan aktiviti seperti bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayang dapat mengurangkan stres di tempat kerja.

PENULARAN virus Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan, tetapi turut menjejaskan tahap ekonomi dan mengakibatkan pengangguran.

Kehilangan kerja tentu sahaja menjadi bebanan memandangkan tiada sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Berada dalam situasi sebegitu pasti membebankan fikiran sekali gus mampu mengakibatkan berlakunya tekanan emosi dan mental.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang terseksa dengan lambakan tugas di pejabat sehingga terlepas waktu rehat dan tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Menurut Pakar Psikiatri dan Pengasas Alaminda Healthcare Berhad, Dr Hazli Zakaria, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami tekanan di tempat kerja.

majoriti2022 (5)

Dr Hazli Zakaria

Bukan sahaja di tempat kerja, beberapa faktor luar persekitaran bekerja juga boleh menyebabkan seseorang individu itu tidak berfungsi secara optimum dalam kehidupan seharian.

“Kita perlu sedar bahawa tekanan ini boleh membantu atau tidak membantu dalam kehidupan seseorang. Sekiranya tekanan itu tidak membantu, seseorang itu perlu tahu dan sedar akan perubahan tersebut.

“Tekanan di tempat kerja turut dipengaruhi dari aspek biologi dan psikososial. Pada masa sama turut menyumbang kepada aspek biologi seperti gangguan hormon, bahan kimia dalam otak,” jelasnya kepada Majoriti.

Berikut merupakan beberapa contoh situasi yang digariskan Dr Hazli;

Senarai tugas. Contoh: Beban tugas yang banyak, waktu kerja terlalu lama, tugasan yang diberikan oleh majikan di luar kemampuan dan kemahiran pekerja, kurangnya latihan, bimbingan, bantuan dan penghargaan kepada pekerja

Peranan dalam sebuah organisasi. Contoh: Terlalu banyak peranan dan tanggungjawab dalam sesebuah organisasi (konflik, terlalu ramai penyelia atau arahan), kurang jelas peranan dan tanggungjawab dalam organisasi.

Perkembangan kerjaya. Contoh: Kurang laluan bidang kerjaya, kurang kerja atau tugas yang diberikan, kurang peluang untuk kemajuan kerjaya, naik pangkat dan tahap jawatan yang tidak menentu.

Hubungan di tempat kerja. Contoh: Konflik dengan majikan atau kurang sokongan. Ancaman, kekerasan, gangguan dan lain-lain ancaman kepada keselamatan diri pekerja, prejudis dan diskriminasi.

Stressful workaholic keeps head down on desk, feels tired and overworked, has much work, prepares for upcoming exam, writes information in diary, studies documentation, isolated on white wall

Tanda-tanda tekanan di tempat kerja

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu tertekan dengan kerja terbahagi kepada tiga iaitu tanda fizikal, tanda emosi dan perubahan dari segi tingkah laku.

Tanda-tanda psikologikal

  • Hilang minat terhadap perkara rutin yang dilakukan setiap hari.
  • Perubahan emosi yang ketara. Contoh, terlalu sensitif, mudah marah dan merasakan cepat penat.
  • Tingkah laku yang berubah secara ketara
  • Berfikiran negatif
  • Hilang keyakinan diri

Tanda-tanda Fizikal:

  • Reflux (GERD, gejala asid refluks atau gastroesophageal reflux disease)
  • Gastrik, perut meragam
  • Sesak nafas
  • Jantung berdegup laju, sakit kepala, lemah badan, kerap kencing
  • Perubahan dari segi pola pemakanan dan kualiti tidur.

Perubahan dari segi tingkah laku

  • Suka menyendiri
  • Mula kurang bercakap dengan rakan sekerja. Tidak lagi bergaul dengan rakan sekerja
  • Tekanan pengaruhi kehidupan

Apabila seseorang individu tidak lagi dapat menangani cabaran dan tanggungjawab yang diberikan secara optimum, perkara tersebut akan mengganggu perjalanan kehidupan.

“Kita selalunya berfikir bahawa seseorang itu tertekan disebabkan bebanan kerja yang diberikan, tetapi realitinya tanpa kita sedari perkara itu bergantung kepada kebolehan, kekuatan dan keupayaan seseorang itu untuk menangani tekanan tersebut,” jelasnya.

Cara atasi stres di tempat kerja

Exhausted businessman rubs nose, takes off spectacles, suffers from eye strain and headache, has problems at work, sits in coworking space with laptop computer, blue wall with written notes.

Dalam pada itu Dr Hazli turut mencadangkan beberapa solusi yang boleh dilakukan bagi mengatasi tekanan khususnya di tempat kerja.

Berikut antara langkah yang boleh dilakukan.

Permainan membina (Play Adequately) - Bermain, berbual, meluangkan masa dengan rakan sekerja

Makanan sihat - Jaga pemakanan dan makan makanan yang berkhasiat

Mencari ketenangan dan rehat - Maksud rehat ini bukan bermaksud tidur, tetapi rehat tanpa melakukan apa-apa perkara. Sebagai contoh, pergi bercuti, meluangkan masa bersama keluarga dan tersayang.

Tidur yang cukup - Hormati waktu tidur, kerana kita selalunya hanya menjaga waktu bangun daripada tidur sahaja sehingga mengabaikan waktu tidur yang tetap.

Kerohanian - Jaga hubungan dengan TUHAN dan berikan makanan juga kepada rohani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram